Sunday, January 18, 2009

RAKYAT TIDAK LAGI MEMILIH TUNGGUL KAYU.

Zaman dulu sesiapa pun yang umno pilih untuk mrnjadi wakil rakyatnya, pengundi tidak kisah. Asalkan mereka mewalkil Perikatan atau Barisan Nasional. Selepas 50 tahun rakyat dah celik mata dapat membezakan wakil yang betul betul berjiwa rakyat.


Kata kata keramat masa dahulu ialah jika BN letak tunggul kayu pun BN menang. Kesembongan demikian terbawa bawa hingga sekarang, tanpa mengambil kira kecerdikan dan keselesaan rakyat.


Terimalah padahnya. Jika masih belum sedar, PRU 13 ini umno dan BN kemungkinan besar akan di talkinkan.


Hijrah yang utama, umno wajib ketepikan pemimpin pemimpin yang ada sekarang. Rakyat cukup meluat dengan mereka.


Hanya ahli umno sahaja yang masih mengampu mereka atas sebab sebab yang tersedia maklum.

Tuesday, January 6, 2009

NAJIB INGAT PENGUNDI KUALA TRENGGANU BODOH SANGAT KE.

Surat khabar Star hari ini memaparkan kenyataan Najib bahawa Wan Farid akan dilantik semula kejawatan timbalan menteri jika pengundi Kuala Trengganu memberi kemenangan kepada BN. Ugutan sedemikian sangatlah membodohkan pengundi pengundi di sana.



Mereka peduli apa jika Wan Farid di lantik atau tidak, selama ini pun apa yang dia sumbang kepada penduduk Kuala Trengganu. Yang gian sangat ialah Wan Farid sendiri sama ada boleh kekal glamour nya atau tidak.



Alasan yang Najib berikan saolah olah BN ketandusan isu kenapa mereka mesti menang PRK Kuala Trengganu. Sengaja tidak mahu menerima kenyataan bahawa nyawa dan kudrat BN bergantung sangat kepada kemenangan di K/T.

Monday, January 5, 2009

PEMANDU MALAYSIA MEMANG TERUK.

Minggu lepas 10 orang terkorban akibat kemalangan jalan raya. Berbagai andaian dibuat tapi yang pasti ialah sikap pemandu pemandu sendiri. Dari lukisan kronologi pertembungan kereta kereta tersebut yang telah dipaparkan di akhbar akhbar, natijahnya adalah disebabkan oleh factor berikut:

a. pemandu Kancil seharusnya tidak memotong kerana berat muatan dan kuasa kereta yang rendah tidak kemampuan untuk berbuat demikian. Tambahan pula di selekoh jalan yang merbahaya,

b. pemandu Kenari seharusnya perlahankan keretanya bila ada orang hendak memotong. Acapkali pemandu Malaysia pantang melihat kereta kecil memotongnya tambahan lagi jika pemandunya saorang perempuan. Mereka tidak akan membenarkan dan cuba pula memacu kenderaan. Ini semua adalah ego tinggi kebanyakan pemandu.

c. pemandu Datsun Morino pula sepatutnya cuba mengelak ke tepi dan perlahankan kenderaan, supaya kancil tadi sempat memotong. Apa yang terjadi mentang mentang keretanya besar dan bertegas member itu yang makan jalan maka dia buat keras kepala tidak mahu memberi jalan. Walaupun beliau tidak berniat untuk terlibat dalam kemalangan, tetapi terlambat untuk mengelak.

Pasti pemandu yang terselamat akan menyesal di atas tindakannya. Sikap sikap yang beginilah yang susah untuk dikikis dan yang amat malang sekali ia turut melibatkan mereka mereka yang berhemah.

Saturday, January 3, 2009

"MELAYU TIDAK AKAN MAJU DAN KUAT SELAGI MANA MEREKA BOLEH DIBELI (DITAWAR RASUAH)"

Janganlah terlibat dengan rasuah dipilihanraya kecil parlimen 036 (Kuala Trengganu) ini. Sokongilah menuruti pertimbangan tenang melalui pertimbangan iman dan Islam, spiritual dan fizikal.



Ingatlah kita bertanggungjawab dengan apa yang kita sokong, jika dosa dilakukan kelak, kita akan ada saham dosanya.

Tuesday, December 30, 2008

CHEAPEST CANAI IN THE WORLD.

Tuesday December 30, 2008

Roti canai, teh tarik and fried chicken to cost 10 sen to 50 sen less

KLANG: Restaurateurs have begun to reduce food prices of local favourites like the roti canai, teh tarik, fruit juices and fried chicken to lure customers.

The customers will now pay between 10 and 50 sen less for the items in most Indian restaurants.

Roti canai is down to 90 sen from RM1.20, while teh tarik is RM1.40 now, compared to RM1.50 earlier.

Malaysian Indian Restaurant Owners Association president Datuk R. Ramalingam Pillai said prices of other dishes would also be reduced in the coming months.










The stall is at Bedong, Kedah on the trunk road to Sungai Petani.

On the way to Permaipura Golf course the sign caught my eyes. Stopped for breakfast with the usual teh tarik. Size and taste comparable to others.

Ask the owner why so cheap, he quipped that his main costumers are ‘budak sekolah’.




Monday, December 29, 2008

HIJRAH DI P36.

Zaman Rasulllah saw. baginda ada pemimpin dan pengikut (rakyat), cuma tiada tempat (negara). Maka baginda pun berhijrah ke Madinah. Sekarang orang melayu dah ada pengikut dan negara, hanya tiada pemimpin. Oleh yang demikian carilah pemimpin untuk membebaskan dakwah islamiah dengan mengundi Pas.



Tiada hijrah selepas ini kecuali jihad dan niat di Kuala Trengganu.

Sunday, December 28, 2008

PENDEK DAN PANJANG UMUR ALLAH MASIH SAYANG JIKA BERTAKWA.

AL FATIHAH

Takziah di atas kemangkatan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman.

Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.



Pernahkah terfikir bahawa doa rakyat jelata terhadap raja dan pemimpin agar dipanjangkan umur di makbulkan Allah? Lihat saja kebanyakan mereka mencecah umur melebihi 80 tahun. Tiap tiap jumaat rakyat menadah tangan mengaminkan doa imam akan kesejahteraan mereka. Manakala kebanyakan rakyat di jemput menemui Penciptanya seawal 50 an.



Kita boleh berhujah bahawa Allah sayangkan mereka yang mati dulu atau mereka yang dipanjangkan umur, wallahuallam. Tapi adat melihat yang jahil selalu liat nyawanya, berkemungkinan Allah memberi masa untuk kembali taat dan patuh padaNya. Sebagai manusia kita selalunya lalai bila dikurniakan kesenangan. Jika umur sudah mencecah 50an tetapi masih belum kononnya menerima hidayah, beratlah sikit.



Memang malang nasib umat islam memilih pemimpin dan ketua agama yang tidak beriman dan lebih hipokrit lagi bila memohon dipanjangkan umur mereka. Kerana dengan secara tidak langsung kita hanya menyeksa mereka.