Saturday, April 24, 2021

BILA, IRAMA & LAGU MERESAP KE JIWAKU.


 Melihat cucuku asyik dengan i-pad aku pun jenguk apa yang dilihatnya. Sekali dia bertanya;

'Tokayah you like musics?'

'Yes I do' jawabku dan ketika itu fikiran terkenangkan bagaimana irama dan lagu tidak bolih di pisahkan dariku.

Bila mana sudah gheti membaca sering aku mencuri lihat buku nyanyian kakak, kerana dia dari 'remove class' memang gigih belajar bahasa inggeris. Salah satu cara ialah menyanyi lagu lagu dengan menulis lirik dalam buku catatan beliau.

Dari situlah mula ghayan dengan lagu lagu Inggeris , seingat aku Doris Day, Skater Davis, Paul Anka dan Elvis menjadi minat beliau.

Pertama kali menyanyi dihadapan khalayak masa tingkatan satu, dalam pengenalan diri cigu paksa aku menyanyi. Aku pilih lagu  'Ayam Den Lopih' ( udah abah orang minang ). Hingga kehari ini kawan kawan gelakkan aku terutama AY Zulkifli Abd. Rahman, semoga AY aman di sana.

Bila berkawan dengan geng geng remaja waktu itu mulalah gilakan lagu Hindi, AY Bakar Don ( teammate pasukan bola Tandop ) yang galakkan aku, Mohamad Rafi menjadi idola. Masa menengah atas kawan dengdangkan lagu lagu Beetles ketika majlis harijadi atau 'talent time'. Malangnya sebab bahasa Inggeris merangkak aku hanya dengar irama saja lirik kelaut.

Tahun 60an masuk ITM berkawan dengan budak KL ( Khalid ayam ) dia introduce dengan country songs, favorite dari Gleen Cambell.

Lagu rock Inggeris aku dengari dari Fauzan Yusof, kawan aku di SAHC dan masa itu dia sudah bertugas di MNI sebagai insuran agent. Dia putar dari record player, album Deep Purple, GrandFunk Railroad dan Rolling Stones. Tupasal bila ditanya kegemaran lagu, semua aku bolih bergantung pada mood saja.

Ha tokayah ini lagu dari Frozen....tersedar aku tapi filem tersebut aku tak ingat pasai tertidur, punya boring!!




 



 

No comments: