ASYIK MENGAMPU YANG BERILMU PUN HILANG PERTIMBANGAN
Berlaku di Melaka, mantan Ketua Menteri
memberi nama satu masjid di Kampung Duyung dengan nama Masjid Laksemana
Tun Tuah (sempena tempat kelahiran Hang
Tuah).
Agak pelik juga kerana mushkil akan sumbangan Hang Tuah kepada agama Islam.
Mengikut sejarah Hang Tuah lah yang melarikan Tun Teja , kerabat Di Raja
Pahang, untuk dikawinkan dengan Sultan Melaka. Hang Tuah mengetahui Tun Teja telah pun bertunang dengan Megat
Panji Alam, keluarga Di Raja Trengganu.
Sultan Melaka juga berkenankan Puteri Gunung Ledang (PGL), maka Hang Tuah
lah ditugaskan meminang PGL. Syarat yang dikenakan PGL saolah olah menolak
pinangan tersebut dengan bahasa yang halus:
a.
Jambatan emas dari Gunung Ledang ke Melaka
Mungkin sultan bersetuju kerana emas murah dizaman
tersebut.
b.
Hati nyamuk 7 dulang
Sultan turut bersetuju kerana dia tahu nyamuk mana
ada hati, bolih jer tipu dengan hati lembu
c.
Semangkuk darah putera bongsu sultan
Sultan tak sanggup sebab teknologi mengambil darah
belum ada di masa itu.
Rupanya PGL hanya mengelat sebab masa yang sama dia ada hubungan sulit
dengan Hang Tuah.
Soalannya layakkah rumah Allah dinamai sempena manusia yang berperibadi sedemikian
rupa. Hukum Islam haram melarikan perempuan yang telah bertunang.
Kesimpulan cerita memang perilaku Hang Tuah tidak layak namanya digunakan
untuk menamakan rumah Allah.
Sungguh dukacita mufti dan agamawan Melaka tidak memberi nasihat yang betul
kepada mantan Ketua Menteri di masa itu.
Semuanya gara gara menjaga periuk nasi.