Thursday, September 24, 2009

SATU HARI DI HARI RAYA

Hari kedua kami berhari raya ke Utara. Bertolak lapan pagi, singgah Bidor, Butterworth, Padang Serai, Bedung dan sampai Alor Star jam lapan malam.

Sempat mandi di rumah adik kemudian ke rumah kakak di Taman Uda, Jalan Sultanah. Kami pusing balik nak pekena nasi Ali, malangnya masih belum berniaga. Nasib baik Royale buka.

Pukul sebelas malam kami patah balik ke Kuala Lumpur dan tiba Melewar lima pagi.

Selama 21 jam kami musafir beberapa perkara dan pengalaman dapat di coretkan;

1. Lebuhraya belum sibuk lagi. Yang teruk jem ialah Bandar Alor Star. Dari Tandop ke A/S ( 3 batu sahaja) mengambil masa satu jam. Kesesakan ternyata berpindah dari K/L ke pekan pekan kecil.

Masa di lebuhraya majoriti kenderaan memecut lebih dari had yang dinyatakan, sang Kancil pun memotong Avanza yang kami pandu. Tambahan pula kebanyakan pemandu memandu kereta kereta yang kuasanya tinggi tinggi belaka.

Jadi eloklah had kelajuan yang ada sekarang di semak kembali, kalau tidak tingkatkan ‘enforcer’. Janganlah undang undang jalan raya di momokkan oleh pemandu. Mereka yang pandu kereta kuasa tinggi membazir jika tak tekan laju laju.

2. Kanak kanak dan remaja hanya gemar duduk di rumah mengadap peti tv. Maka teringat akan kutbah solat hari raya yang berbicara cara terbaik menyambut Eidil Fitri. Menjelang Hari Raya maka itulah yang di kutbahkan.

Maka saya mencadangkan kepada Menteri Agama supaya usulkan dalam Parlimen agar program hiburan di tv, tajaan kerajaan atau swasta, digantikan dengan program yang tidak menarik agar mereka akan jemu mengadap kaca tv, di slot pagi hingga 7 petang di hari pertama raya.

Mungkin strategi ini akan memaksa mereka berkunjung dan beraya ke rumah sahabat handai dan jiran tetangga. Kerajaan kena ambil sikap aktif untuk menghidup kembali syiar hari raya aidil fitri. Jangan hanya berkutbah sampai berbuih mulut saban tahun.

3. Usah ikut cara kami berhari raya kalau tidak ada 4 orang pemandu.


Selamat hari raya maaf zahir batin.

No comments: