Di lahirkan sebagai saorang muslim 60 tahun yang lalu tetapi hanya dalam jangka hayat selama 50 tahun sahaja di dedahkan dengan ilmu ibadat. Itu pun mendalaminya ketika bermula hendak bersara. Bayangkanlah ilmu agama yang amat terhad didada, laksana cerita dalam surah Lokman: bagaikan patukkan air saekor burung di lautan yang luas.
Jadi bila isu undang undang hudud di politikan maka kita jadi tidak tentu hala. Orang Islam yang tidak beriman dan orang bukan Islam turut memberi hujah untuk menolak undang undang Allah Taala. Sebagai muslimin kita tidak patut mengingkari hukum Allah, tidak payahlah kita berdolak dalih kerana Allah maha mengetahui.
Datuk Annuar Musa telah mencabar kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hudud kerana umno disana turut bersetuju dengan undang undang tersebut. Malangnya Annuar tidak ikhlas kerana beliau sendiri mengetahui persetujuan kerajaan pusat terpaksa di bereskan dahulu. Cabaran juga datang dari Datuk Najib yang turut menampakkan kebanggangan beliau dalam perkara tersebut. Semua kenyataan mereka hanya untuk memperbodohkan rakyat Islam dan mengelirukan bukan Islam.
Perkara biasa bila Dato Husam menyatakan akan mengguna pakai hudud bila mana pakatan mereka memerintah kerajaan pusat. Sama ada ia boleh menjadi kenyataan itu lain pula ceritanya. Bak kata Raja Petra Kamarudin ( RPK ) untuk menerima pakai undang undang shariah memerlukan majoriti 2/3 persetujuan dewan rakyat. RPK membuat andaian situasi berikut:
- situasi pertama Pas sendirian memerlukan 150 kerusi padahal mereka cuma bertanding maksima 60 kerusi dan menang hanya 28,
- kedua jika Pas bersatu dengan umno pun jumlah kerusi maksima ialah 102,
tidak mungkin undang undang hudud dapat diluluskan parlimen.
Jadi kenapa orang orang politik heboh dengan isu yang tidak akan terjadi dengan keadaan sekarang?
Rasulallah bersabda Islam akan rosak disebabkan umatnya:
- politikkan Islam,
- mengamalkan asabiyah ( semangat kebangsaan ),
- tiada fahaman terhadap khilaf.
Undilah Pakatan di KT.
No comments:
Post a Comment