Thursday, July 31, 2008

Nostalgia - Kedai Kopi Di Kota Baru.

Sekitar tahun 90an bila ke Kota Baru tempat kegemaran saya ialah Hotel Temenggung. Seingat saya satu lagi hotel yang popular ketika itu ialah Hotel Perdana. Saya pilih Temenggung kerana ia berdekatan dengan Pasar Siti Khatijah dan pusat pusat pembelian yang terdapat ketika itu.

Berdekatan dengan hotel terdapat sebuah warung yang saya selalu bersarapan. “Set up nya cukup simple”. Pemilik kedai yang kerjanya melayan pelanggan dengan menyediakan minuman akan dikelilingi olih pelanggan sambil duduk di atas kerusi panjang. Semua juadah tersedia dalam bungkusan.

Di warong inilah saya diperkenalkan dengan nasi dagang Kelantan.

Selepas 15 tahun, Jumaat lepas saya kembali melawat Kota Baru. Kali ini saya pilih Suria Hotel kerana mengikut selera anak. Warong tersebut tetap saya kunjungi walaupun kedudukannya mengelirukan. Lokasi dan set up warong sama cuma persekitarannya berubah kerana pembangunan.


Yang menarik pemilik baru yang dibantu olih dua orang mek Kelante amat peramah dan suka berceloteh. Beliau memperkenalkan juadah yang dijual, sebagai contoh;

Jemput jemput durian Era Fazira,

Kopi Sharipah Aini,

Teh Siti Norhaliza,

Nasi Dagang Pak Malau,

Telor Taliban ( telor separuh masak ).

Pulut ikan masin

Tak bertanyalah pula apa rasional di namakan demikian, tapi warongnya dikenali sebagai kedai kopi Din Tokyo.


Kedai kedua yang di kunjungi ialah ‘white house’. Anak saya excited bila sebut ‘white house’ dan terpinga pinga bila mengunjunginya. Se ingat saya dahulu memang kedainya bercat putih sekarang tinggal labelnya saja.



Inilah speciality white house, ‘continental breakfast’. Old man masih cergas tapi sekarang dibantu olih 6 pekerja Indon.

Kunjungan tersebut mengingatkan era 90an sebelum Kelantan ditadbir olih Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

No comments: