Thursday, August 9, 2007

'Sekadar Janji Siap'- Cincai bohcai

Pagi tadi setelah balik dari beli ikan di Tmn. Melati, kami singgah di gerai membeli kuih. Pak Mat dan isteri pagi pagi menjual kuih muih dan nasi lemak di tepi jalan menuju ke Tmn. Melewar. Beliau berasal dari Alor Star tapi kawin dengan orang Tanjung maka loghat Kedahnya dah bercampur dengan sebutan lanjuuut dan lenggok sikit . Memang sentiasa happy, kelakar dan kelolo. Kami pun bertegur sapa;

Saya : Assalammualaikum Che Mat ( sambil buka pintu kereta )

Che Mat : Waallaikumusalam, amboih mengkelannya, baru nak jolok nasi lemak.

Awat berdua saja?

Saya : Yang baru simpan di rumah, jadi berjalan dengan yang tua ( buat lawak

sikit),

Che Mat : Hang tengok Yam (isteri saya) tua macam ni pun mengenyam lagi!!

Isteri saya : Memang mengghela.

Saya : Apa cerita hari ni? (kerana melihat che Mat tengah merenung Utusan)

Che Mat : Hang perati ni, bahasa depa kata ‘sekadar janji siap’. Hang tau bahasa

kita panggil apa?

Saya: : Panggil apa?

Che Mat : kita panggil ‘ cincai bohcai

Kami beli sebungkus nasi lemak dapat free kuih tiga biji, dan berlalu dari situ. Bukan bolih layan sangat Pak Mat ni.

No comments: