Di pertengahan bulan Februari 2007 kami mendapat berita bahawa anak kakak isteri saya telah di masukkan ke hospital Selayang. Sebelum menziarahi kami sempat bertanyakan beliau wad mana ia ditempatkan. Dia menjawab tak payahlah datang lagi, sebab dia akan pulang ke Seremban dulu, dua minggu lagi barulah ia akan dimasukkan semula. Kami ingat penyakitnya tidaklah serius. Tetapi bila kami ziarahi dua minggu kemudian didapati beliau sudah dalam keadaan kritikal. Doktor yang merawati menyatakan hati dan buah pinggangnya tidak bolih diselamatkan lagi.
Anak buah kami bertugas sebagai pegawai bomba di Seremban. Penyakitnya bermula selepas ia pulang dari latihan ala commando di hutan Rompin. Isterinya menyatakan sebelum ini dia sihat saja. Memandangkan keadaan perutnya yang buncit, matanya berwarna kekuningan, kawan kawannya yang datang menziarahi percaya bahawa dia tersampuk dalam hutan Rompin. Isterinya dinasihati membawa balik kerumah dan akan dirawat secara kampung. Pihak hospital memberi pelepasan, lagi pun tidak ada apa apa lagi yang bolih diiktiarkan.
Hati yang rosak serius, bukan datang secara mendadak, dia telah lama mengidapi cuma tidak perasan dengan simtomnya. Kemungkinan diwaktu latihan ia termakan benda benda yang kurang sesuai dengan sistem penghazamannya, ia adalah secara kebetulan saja. Hati yang rosak akan menyebabkan penyeluaran protin albumin tergendala. Olih kerana albumin adalah protin pembawa air keluar dari sistem, ketiadaannya akan menyebabkan air terhimpun dan perut akan membuncit. Doktor hanya dapat menyeluarkan air ini tetapi tindakannya hanya sementara.
Pesakit akan merasa sakit seluruh badan kerana kesan toxin yang tidak dapat disaring olih hati.( hhttp://en.wikipedia.org/wiki/Cirrhosis ).
Beliau tidak dapat diselamatkan, dua hari selepas pulang ke rumah dia meninggal.
Pada 5 hb.April 2007 adinda saya pula pulang ke rahmatullah di usia 56 tahun. Sebulan sebelum itu saya diberitahu bahawa aruah sakit dan murung tidak mahu bercakap dengan sesiapa pun. Olih kerana sakitnya tidak kelihatan diluaran dan keadaannya nampak macam hilang akal, maka jiran jiran menganggap aruah terkena buatan orang. Maka bomoh dipanggil merawat dan confirm di sihir orang.
Seminggu kemudian aruah dibawa ke klinik swasta dan doktor mendapati ia mengidap penyakit kayap ( shingles ). Kebetulan anaknya yang bertugas di Melaka dan mengenali bomoh yang arif tentang kayap, maka dibawa ibunya untuk dirawat disana. Ketika di Melaka saya kesempatan melawat aruah dan saya dapati kayapnya telah sembuh, tetapi keadaannya tidak berubah, tidak responsive, jaga tapi tidak sedar.
Saya buat fact finding mengenai penyakit kayap dari internet dan mendapati ia disebabkan sejenis virus ( virus chickenpox ) yang lay dormant dalam saraf kita. Tiba masa yang sesuai ia akan keluar menyusuri saraf tersebut. Selalunya ia tidak merbahaya kecuali apabila ia menyerang bahagian atas ( http://en.wikipedia.org/wiki/Shingles).
Inilah barangkali yang terjadi kepada aruah, bila virus menyerang otak, sel sel otak akan rosak menyebabkan fungsinya terganggu. Sebelum pulang saya menasihati suami dan anak aruah menghantarnya ke hospital secepat mungkin tetapi mereka berkata masih ada rawatan dari bomoh yang lain, lepas itu barulah akan dibawa ke hospital. Dua hari selepas itu saya dimaklumkan bahawa dia meninggal.
Saya paparkan kedua dua episod tersebut ialah sebagai peringatan kapada kita yang masih hidup agar peka dengan kesihatan. Menjadi lumrah ( terutama orang orang lama ) risau nak pereksa kesihatan di hospital takut takut terkena penyakit. Lebih baik kita ketahui, bolih juga dirawat awal sebelum menjadi serius. Kalau terus mati tak apa juga, yang sedihnya ia menyusahkan ( duit, masa dan kesabaran ) adik beradik.
Kedua, kita orang Melayu ni cepat sangat nak salahkan orang , tambahan penyakit dalaman yang kita tak nampak. Mengikut bomoh mestilah dia kata buatan orang, itu saja yang dia bolih diagnose. Tidak dinafikan sihir itu ada, Rasullallah saw kita pun turut terkena sihir, tapi keutamaan rawatan yang sama ( dukun dan doktor kesihatan ) hendaklah diusahakan dengan gigih, jangan ambil sambil lewa saja.
Ketiga, terutama pegawai pegawai kerajaan, sebelum nak jalankan latihan jasmani yang intensive, wajibkan peserta melalui physical checkup. Bila dah clear baru dia diluluskan ikut serta, jangan main hentam kromo saja.
No comments:
Post a Comment