Monday, November 3, 2008

FATWA VS. PATUA PUJANGGA.

Ceramah subuh membicara kezaliman dalam rumah tangga. Soalan berbangkit adakah dianggap zalim jika saorang lelaki bergantung nafkah dari isterinya? Banyak contoh terdapat di zaman sekarang dimana isteri isteri yang berpendapatan tinggi mengahwini suami dari kalangan berpendapatan rendah. Saorang pengurus perempuan berkahwin dengan budak pejabat sebagai analogi.


Islam tidak menghalang kerana perkahwinan merupakan perkongsian hidup, tambahan jika dua pihak meredai nya.

Masalah kekurangan lelaki yang berkualiti untuk di jadikan teman hidup dan wujud penurunan nisbah lelaki : perempuan, menjadi penyebab meningkatnya hubungan intim sesama perempuan, apa yang di label sebagai ‘pankid’. Tambahan pula wanita yang mempunyai career tinggi turut sama terjebak dengan kemelut ini kerana lelaki kurang minat dan segan hendak berpacaran dengan mereka.

Islam mengharamkan hubungan sesama jenis, lelaki mahu pun perempuan. Tetapi jika mereka didapati melakukan aktiviti sumbang, penguatkuasa agama tidak boleh mendakwa mereka. Itulah agaknya fatwa mengharamkan perempuan yang berlagak dan mengambil peranan lelaki agar tindakan boleh di ambil. Jika setakat berpakaian dan berfesyen seperti lelaki sahaja penguatkuasa agama tidak ada case terhadap mereka.

Fatwa tersebut sekurang kurangnya dapat membendung gejala yang melanda umat Islam masakini. Penceramah juga dengan petua pujangganya mencadangkan agar kaum hawa ‘be open minded’ dengan poligami. Dengan demikian dapatlah mereka menolong sesama mereka meringankan masalah mencari suami sebagai tempat menumpang kasih dan hidup.

Paling canggih jika isteri pertama turut mencari jodoh untuk sisuami. Prioriti mencari isteri kedua afdalnya di beri kepada perempuan yang kematian suami dan mempunyai anak sepertimana yang di cadangkan Ali Rostam MB Melaka.

No comments: