Tuesday, August 28, 2007

Ya Ali Baba, Ya Aliiiiiiii Baba.

Melayu yang tidak ada nama dan connections nak dapat permit dari kerajaan bukanlah perkara mudah. Lazimnya untuk mendapat kemudahan tersebut harus berurusan dengan mereka yang rapat dengan orang politik.

Olih yang demikian kebanyakan orang melayu yang senang dapat permit dan projek adalah geng geng Umno belaka. Seperti ahli jawatankuasa Umno peringkat cawangan dan bahagian. Mungkin anugerah permit adalah sebagai habuan kerana sumbangan terhadap ketua bahagian dan parti.

Kebanyakan ahli Umno yang minat nak jadi ahli jawatankuasa kebanyakannya bermotif nak cari kesenangan, ‘for that matter ‘semua orang Umnolah. Maka berebut rebutlah sesama mereka yang modal mereka hanya tenaga, masa, semangat dan petah sedikit bercakap. Berjuang kerana bangsa, agama dan negara hanya ‘mere rhetoric’.

Hendak laksanakan projek sendiri terlalu banyak halangan. Pertama modal tak cukup atau mungkin tak ada langsung. Kedua pengalaman tak ada dan team yang hendak bekerjasama pun tak ada, kalau ada pun kurang yakin.Jadi jalan mudah ialah melalui konsep perniagaan ‘Ali Baba’. ‘Better than nothing at all’.

Kalau diamati dengan terperinci, pembesar pembesar yang dulu dan sekarang pun menggunakan kaedah ali baba juga tetapi di camouflage sebagai JV projek. Apa tidaknya, menjadi rakan kongsi, sumbangan dibiayai. Pengalaman tiada maka dilantik menjadi juru cakap kononnya sebagai chairman atau executive chairman, kerja hanya panaskan kerusi.

Pemimpin kalau nak lihat peratus melayu berjaya dalam perniagaan, edarkan lah sama permit dan projek kepada melayu Pekan Rabu, melayu Pekan Nat (pekan hari ), melayu pasar malam, melayu Pas, melayu PKR dan lain lain yang betul betul berminat dalam perniagaan. Melayu Umno masalah mereka kebanyakan nak cepat kaya sama macam menterinya.


No comments: