Friday, July 31, 2009

MENGALIH SHAK WASANGKA TERHADAP SPRM.

DNA lelaki misteri pada Teoh
Oleh Khirul Bahri Basaruddin, Rafidah Mat Ruzki dan Norhashimah Mohd Radzali
bhnews@bharian.com.my
Inkues Setiausaha Politik Exco Selangor dedah 2 spesimen belum dikenal pasti

SHAH ALAM: Penemuan sampel DNA dua lelaki misteri di bahagian belakang pakaian dan tali pinggang Teoh Beng Hock menimbulkan persoalan pada hari pertama inkues berhubung kematian mendiang di Mahkamah Koroner di sini, semalam.

Maklumat mengenai penemuan sampel DNA lelaki misteri itu didedahkan peguam cara dan peguam bela Tan Hock Chuan yang bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya bagi membantu Koroner Azmil Muntapha Abas pada prosiding inkues itu.




Apakah agaknya yang anda fikirkan bila terbaca berita diatas? Could be a smoke screen? Belum apa apa lagi dah cuba alihkan kepada sesaorang di luar SPRM, cari jalan keluar nak cuci tangan.

Awal awal dah di jangkakan. Apa boleh buat; laksana timun dengan durian, golek pun kena , digolek pun kena.

Harap tunggu PRU 13.

Thursday, July 30, 2009

BUMIPUTRA HANYA PANDAI TANAM PADI.

Memang merunsingkan rakyat Malaysia bilamana syarikat luar Negara berkemungkinan mengambil alih Bernas. Datuk Mohamad Saleh Majid berkata jika mana mana pemegang saham tunggal syarikat meningkatkan pegangan melebihi 33 peratus, maka ia boleh membuat tawaran am mandatory untuk membeli keseluruhan pegangan dalam syarikat berkenaan. Wang Tak Co Ltd hanya memerlukan 2 peratus sahaja untuk menguasai Bernas.


Semua ini adalah angkara Tun Dr Mahathir kerana pengsyarikatan Padi Beras Negara dalam tahun 1994. Hanya segelintir sahaja manusia mandapat laba hasil dari tindakan tersebut.


Cerita mengatakan Shahidan Kassim, menerusi kaum kerabatnya, mendapat durian runtuh kerana rundingan dengan TDM. Waktu Shahidan nak dilantik Menteri Besar Perlis, Shahidan menolaknya sebab susah nak hidup bila mentadbir negeri yang kecil dan miskin pula. Maka Tun Dr Mahathir pun anugerahkan saham Bernas pada Shahidan sebagai insentif. Lagi pun bani Shahidan memang sudah berkecimpung dalam industri pengilangan padi pada masa itu.

Banyak rakyat yang tertekan bila Bernas di syarikatkan terutama pengilang pengilang padi di Utara Semenanjung. Mereka terpaksa berhempas pulas untuk mendapat padi. Akhirnya terpaksa gulung tikar. Kilang kilang Cina bertahan dan Bernas terpaksa membuat ‘stratergic alliance dengan mereka. Syarikat Cina ‘survive’ dan memainkan peranan aktif terutama dibidang pemasaran, contohnya ialah syarikat Jasmine.

Dalam masa 2 tahun saja Wang Tak Co Ltd. dapat gandakan pegangan mereka. Inilah gara gara bumiputra yang inginkan keuntungan cepat. Sekarang seluruh rakyat Malaysia mungkin tertekan kerana polisi yang di perkenalkan oleh Tun Dr Mahathir.

Wednesday, July 29, 2009

MASJID DI SELANGOR CERIA DAN BERTENAGA.

Assalammualaikom!!


Mohon maaf kerana agak lama tak menulis blog ini. Selepas pulang dari ‘babysit’ cucu di Adelaide S. Australia rasa malas nak mulakan. Lagi pun isu isu sensasi di Malaysia kebelakang ini membuat saya meluat nak ikut serta dalam kancah politik dan masalah kehidupan seharian di bumi Malaysia ini.


Hairan pula orang Malaysia dekat negeri orang boleh bergaul dengan begitu harmoni sekali. Tiap tiap minggu ada ‘pot luck’ jemput semua bangsa Cina, Melayu, India dan Benggali.


Keadaan serabut di Malaysia agaknya disebabkan pemimpin pemimpin. Sesama depa, depa boleh melawak hang aku, yang masam muka tak bertegur sapa ialah marhain marhain yang di bawah.


Kafir, fasik dan munafik tu kita fahamlah tapi yang beriman, kononnya, pun teruk juga. Tengoklah AJK masjid pun nak dipolitikkan.

Kebanyakkan masjid dan surau di Wilayah, geng geng Amano bertegang leher mempertahankan jawatan tak kasi chance lansung kepada puak puak bendera hijau, walaupun jarang ke masjid. Biar masjid tidak di imarakkan asalkan jangan jatuh ke tangan mereka yang berlambangkan warna hijau. Apa punya hati perut.


Sekarang yang rancak dengan aktiviti aktiviti berlaku di surau dan masjid dalam Selangor. Maka kelihatan ramai jemaah Wilayah sanggup bertandang ke masjid dan surau berdekatan untuk mendengar kuliah subuh/magrib dan forum perdana. Topik topic kuliah, bebas tidak ada pantang larang membuatkan jemaah kenyang dengan ilmu agama.


Di surau mereka, lengang, kerana ashik ashik tok imam yang berkuliah dengan isu isu jumud. Tak di izinkan berbincang isu semasa. Bayangkan kutbah Jumaat bincang pasal memperelokan sungai kita, rukun tetangga dan ketaatan kepada pemimpin. Membuatkan banyak jemaah berdengkur dari mendengar.


Pendekatan yang di buat oleh kerajaan Selangor membuatkan masjid kembali bertenaga. Selingan politik itu perkara biasa untuk menjadi tauladan dan pedoman. Lagi pun isu yang dibangkitkan memang ada kebenaran. Bak kata saorang penceramah tak kan saya nak nyatakan kebenaran dalam gereja. Tuan tuan kan ada dalam masjid?