Sunday, January 18, 2009

RAKYAT TIDAK LAGI MEMILIH TUNGGUL KAYU.

Zaman dulu sesiapa pun yang umno pilih untuk mrnjadi wakil rakyatnya, pengundi tidak kisah. Asalkan mereka mewalkil Perikatan atau Barisan Nasional. Selepas 50 tahun rakyat dah celik mata dapat membezakan wakil yang betul betul berjiwa rakyat.


Kata kata keramat masa dahulu ialah jika BN letak tunggul kayu pun BN menang. Kesembongan demikian terbawa bawa hingga sekarang, tanpa mengambil kira kecerdikan dan keselesaan rakyat.


Terimalah padahnya. Jika masih belum sedar, PRU 13 ini umno dan BN kemungkinan besar akan di talkinkan.


Hijrah yang utama, umno wajib ketepikan pemimpin pemimpin yang ada sekarang. Rakyat cukup meluat dengan mereka.


Hanya ahli umno sahaja yang masih mengampu mereka atas sebab sebab yang tersedia maklum.

Tuesday, January 6, 2009

NAJIB INGAT PENGUNDI KUALA TRENGGANU BODOH SANGAT KE.

Surat khabar Star hari ini memaparkan kenyataan Najib bahawa Wan Farid akan dilantik semula kejawatan timbalan menteri jika pengundi Kuala Trengganu memberi kemenangan kepada BN. Ugutan sedemikian sangatlah membodohkan pengundi pengundi di sana.



Mereka peduli apa jika Wan Farid di lantik atau tidak, selama ini pun apa yang dia sumbang kepada penduduk Kuala Trengganu. Yang gian sangat ialah Wan Farid sendiri sama ada boleh kekal glamour nya atau tidak.



Alasan yang Najib berikan saolah olah BN ketandusan isu kenapa mereka mesti menang PRK Kuala Trengganu. Sengaja tidak mahu menerima kenyataan bahawa nyawa dan kudrat BN bergantung sangat kepada kemenangan di K/T.

Monday, January 5, 2009

PEMANDU MALAYSIA MEMANG TERUK.

Minggu lepas 10 orang terkorban akibat kemalangan jalan raya. Berbagai andaian dibuat tapi yang pasti ialah sikap pemandu pemandu sendiri. Dari lukisan kronologi pertembungan kereta kereta tersebut yang telah dipaparkan di akhbar akhbar, natijahnya adalah disebabkan oleh factor berikut:

a. pemandu Kancil seharusnya tidak memotong kerana berat muatan dan kuasa kereta yang rendah tidak kemampuan untuk berbuat demikian. Tambahan pula di selekoh jalan yang merbahaya,

b. pemandu Kenari seharusnya perlahankan keretanya bila ada orang hendak memotong. Acapkali pemandu Malaysia pantang melihat kereta kecil memotongnya tambahan lagi jika pemandunya saorang perempuan. Mereka tidak akan membenarkan dan cuba pula memacu kenderaan. Ini semua adalah ego tinggi kebanyakan pemandu.

c. pemandu Datsun Morino pula sepatutnya cuba mengelak ke tepi dan perlahankan kenderaan, supaya kancil tadi sempat memotong. Apa yang terjadi mentang mentang keretanya besar dan bertegas member itu yang makan jalan maka dia buat keras kepala tidak mahu memberi jalan. Walaupun beliau tidak berniat untuk terlibat dalam kemalangan, tetapi terlambat untuk mengelak.

Pasti pemandu yang terselamat akan menyesal di atas tindakannya. Sikap sikap yang beginilah yang susah untuk dikikis dan yang amat malang sekali ia turut melibatkan mereka mereka yang berhemah.

Saturday, January 3, 2009

"MELAYU TIDAK AKAN MAJU DAN KUAT SELAGI MANA MEREKA BOLEH DIBELI (DITAWAR RASUAH)"

Janganlah terlibat dengan rasuah dipilihanraya kecil parlimen 036 (Kuala Trengganu) ini. Sokongilah menuruti pertimbangan tenang melalui pertimbangan iman dan Islam, spiritual dan fizikal.



Ingatlah kita bertanggungjawab dengan apa yang kita sokong, jika dosa dilakukan kelak, kita akan ada saham dosanya.