Saturday, June 28, 2008

Najib: Alasan Budak Sekolah Rendah.

Bukan menghukum rakyat: Najib

( Sinar Harian 28/06/08 )

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan kerajaan menangguhkan beberapa projek besar termasuk Jalan Lingkaran Luar (PORR) dan monorel yang sepatutnya dibina di Pulau Pinang bukan untuk menghukum pengundi yang memilih Pakatan Rakyat (PR) menerajui negeri tersebut.

“Tidak timbul soal menghukum sesiapa kerana projek yang telah dirancang akan tetap dilaksanakan walaupun projek di negeri yang dimenangi pembangkang (PR),” katanya pada sidang media selepas mendengar pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9), di sini, semalam.

Menurut Najib, beberapa projek yang telah dirancang sebelum ini terpaksa ditunda selepas kerajaan membuat penilaian semula terhadap projek tertentu.

Merenung alasan yang diberikan, maka terkenang saya akan cerita zaman di bangku sekolah.

Ceritanya saorang murid berhasrat hendak menyembunyikan wang dari sahabat sahabatnya maka ditimbus dalam lubang. Untuk mengelak dari terlupa akan tempat tersebut lalu diletaknya papan tanda diatas lubang tersebut, yang berbunyi: “ Di sini tidak ada wang ”.

Melucukan.

Friday, June 13, 2008

Ini Macam Mati Loo!!

Canteens cannot raise prices

Friday June 13, 2008

PUTRAJAYA: Canteen operators cannot raise prices of food and drinks indiscriminately as they have a contract with schools.

Education director-general Datuk Alimuddin Mohd Dom said the contract, usually for two years, stated how much each food item or drink would cost.

“All school principals and headmasters have been asked to ensure the prices in their canteens remain the same,” he told reporters after the ministry's post-Cabinet meeting.

It’s a dilemma. Logically when food items go up operators had to sell accordingly or else they will be like Santa Clause. End of the day canteen operators had to ‘gulung tikar’.

School on the other hand threatened to terminate if operators don’t abide by their contract.

Most operators had invested in their business, capital items and human resources. Termination of their contract will bring a disaster.

What to do? Operators can either;

1. remain as it is,

2. reduce quantity of food.

3. sacrifice quality, i.e no ayam, no fish ball in their fried bihun or mee,

4. make an appeal to higher authority to state your case,

5. just give up,

Option 1 the operator will die or Along will come looking for them,

Option 2 & 3, the school will complain,

Option 5, the school would probably take a couple of months to find a new operator. In this case everybody will be affected, operator, che gu, and the students.

The best option is to renegotiate. Minister, DG, and che gu sure got ‘otak’ one.

Tuesday, June 10, 2008

What A Mess!!

After effect petrol price hike.

1. proposal to do away service tax at restorances,

2. do away tol,

3. do away road tax,

4. minister’s entertainment allowances to be cut by 10%,

5. create 3 committees to control inflation,

6. cut government expenditures,

7. speed up payment cash rebate when renewing road tax,

8. increase higher quota fleet card to transport operators,

9. rakyat had to change lifestyle,

10. eat less rice instead more ubi,

11. petitions everywhere especially shedule on 12th July 2008.


There will be many more suggestions especially from those menteris.

Its messier than not to hike the petrol price.

Sunday, June 8, 2008

MAGERAN 2008.

Terfikir saya kenapa kerajaan mengambil risiko menaikan harga minyak tinggi mendadak. AAB tentu mengetahui rakyat akan susah dan protes, tak kiralah Umno ke parti lain ke, pembangkang dah tentu sekali.

Jangan jangan AAB memang saja nak mengharu birukan rakyat. Ialah kerajaan AAB sekarang dalam keadaan kelang kabut dari berbagai tekanan.

Ujudkan ketegangan kemudian bertindak, MAGERAN!!!

Bolih sampai ke tahap tu ke?

Minta simpang.

Menteri Lama Tumpang Sekaki ..... Membodek!

Setuju dengan Pengerusi Felda bahawa kenaikan harga minyak tidak jejaskan pendapatan peneroka Felda. Tapi yang beliau bangkitkan tentang pendapatan tu apahal? Semua rakyat tidak akan terjejas pendapatan mereka, yang kalut hanya perbelanjaan harian.

Beliau bukannya apa, teringin juga nak komen pasal kenaikan harga minyak kerana dah lama orang lupakannya.

Kenaikan harga minyak tidak jejas peneroka

BANDAR JENGKA 7 Jun - Kenaikan harga minyak tidak akan menjejaskan pendapatan 112,635 peneroka di seluruh negara yang menikmati harga getah dan sawit yang tinggi pada masa ini.

Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor berkata, harga komoditi itu kini berada pada paras tertinggi iaitu lebih RM730 setan manakala getah RM4.30 sen sekilogram.

Berikutan paras harga yang tinggi itu, beliau tidak menafikan ada peneroka yang meraih pendapatan lebih RM10,000 sebulan jika mereka memperoleh tuaian buah tandan segar (BTS) melebihi 15 tan setiap pusingan kelapa sawit.

''Secara puratanya, pendapatan peneroka adalah antara RM3,000 hingga RM6,000 sebulan berikutan harga komoditi yang tinggi.

Teliti pula laporan Basiron Abdul Wahab ;

TEMERLOH 8 Jun (Hrkh) - Masyarakat Peneroka dipercayai akan terjejas teruk berikutan kenaikan harga minyak sebanyak 41 peratus seperti diumum Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi 4 Jun lalu, kata Ahli Jawatankuasa Lajnah Peneroka PAS Pusat, Che Zuhar Harun

Katanya, peneroka yang memperolehi pendapatan dalam linkungan RM1,200 sebulan akan menghadapi masalah besar apabila kos sara hidup naik mendadak dalam masa dua bulan akan datang.

Ini kerana majoriti peneroka bergantung hidup kepada wang sara hidup pinjaman/pendahuluan daripada pemaju (Felda) yang jumlahnya di antara RM1,200 hingga RM1,500 sebulan.

Menurutnya, dengan wang itulah peneroka menyara keluarga membayar bil air, eletrik, telefon dan pelbagai kos lain.

Ini sudah tentu menjadikan peneroka semakin miskin walaupuan harga komoniti kelapa sawit dan getah berada di paras stabil tetapi peneroka tidak merasai hasil kenaikan itu kerana ladang mereka diusahakan oleh pemaju (Felda).

Gara gara nak bodek terpaksalah cerita yang bagus bagus belaka, kononnya bab kesusahan ini mungkin peratusnya kecil saja.

Tuesday, June 3, 2008

Nafsu Lelaki Durjana.

Tertarik dengan gambar yang di paparkan di Star Online ( 3/06/08 ). Walaupun artikel tersebut berkisar tentang penerimaan budaya barat di Saudi Arabia, ia dengan secara tidak langsung membuat perbandingan mengenai pakaian wanita.

Ezam...... Masuk Ke Tak?

Rupanya isu kemasukan Ezam dan rakan ke dalam Umno belum lagi muktamat. Apa yang tersirat dari komen Datuk Seri Dr. Rais Yatim menunjukan AAB saja yang memberi laluan mudah pada Ezam. Mungkin yang lain dalam Umno terpinga pinga memikirkan penghijrahan hulubalang hulubalang tersebut.

Dalam senario sekarang memanglah mengundang masalah baru kepada Umno, tambahan pula alasan Ezam bunyi agak menyombong kononnya membuat ‘refomasi pembaharuan’ terhadap Umno.

Olih yang demikian tidak hairan para penganalisis politik membuat beberapa andaian terhadap tindakan Ezam diantaranya;

1. menjadi ‘Trojan Horse’ spy kepada DSAI,

2. menjadi senjata tajam kepada AAB untuk memerangi TDM dan DSAI

3. stratergi KJ untuk masuk bertanding Ketua Pemuda,

4. memporak perandakan saingan AAB dengan membuka 6 kotak hitam,

5. mengalih dan mencairkan isu isu penghalang kepada AAB,

6. membodohkan diri sendiri.

Dalil dalilnya kenalah sendiri fikir!