Thursday, March 29, 2007

Sikap Penghuni Rumah

Perasan tak bila kita lihat dikaca tv senario tempat tempat penginapan atau residen orang orang barat atau pun orang Australia? Keadaannya begitu bersih dan nyaman sekali, tak ada semak samun, semuanya serba teratur. Saya tanya diri adakah ini disebabkan cuaca dinegeri mereka? Tidak juga, kerana dikawasan ‘downtown’ yang didiami olih orang kulit hitam dan orang orang Asia, suasana dipersekitaran adalah disebaliknya. Ini tentulah ada kena mengena dengan sikap dan mungkin budaya.

Di KL kalau ada kesempatan berjogging di taman taman kediaman ( seperti riadah orang orang pencen ) kita akan lihat betapa berserabutnya suasana.Lazim rumah rumah ‘corner lot’cukup dijaga rapi dengan hiasan pokok bunga yang beraneka warna.Penghuninya tinggal sendiri dan bila dah mahal beli rumah kenalah jaga dengan elok. kemudian ia akan bertukar wajah bila kita teruskan perjalanan menghala ke ‘corner lot’ yang satu lagi.
Kebanyakan halaman rumah rumah dipenuhi khazanah yang tak digunakan lagi, nak buang sayang. Ruang dalam rumah dah penuh jadi selitlah saja di ‘porch’ depan rumah.
Yang menyakitkan hati ialah bila rumah disewakan. Orang yang menyewa ini sikap mereka cukup pelek.Mentang mentang bukan rumah dia, dia buat tak kisah saja. Kita dengan spontan bolih tahu sama ada penghuni rumah tu menyewa atau rumah sendiri. Kalau orang bujang duduk, macam macam dipamerkan dihalaman rumah: baju dalam,seluar dalam,stoking berlubang, tuala mandi yang tak dapat dikenali lagi pun tersidai.Walaupun berpelajaran, mentaliti masih lagi ditakuk lama.

Begitulah sikap orang orang kita, apa salahnya jika dijaga rapi rumah yang disewa, ‘make it a home not just a house’.
Sikap!!

Wednesday, March 28, 2007

Ubat Oh Ubat

Pada hari Selasa di pekan Kota Sarang Semut,Kedah, budak budak sebaya saya memang teruja sebab kami dapat melihat orang jual ubat di pekan sari. Penjual akan mencari tempat lapang dan membuat bulatan yang besar dengan menggunakan tepung ubi. Kami ketahui jualan akan bermula bila penjual akan memukul gendang untuk menarik perhatian penggunjung yang datang ke pekan sari.

Bukanlah ubat tu yang kami minat, tapi pertunjukkan dan cerita yang dibuat penjual itu yang kami tunggu. Macam macam ragam, kalau jual ubat kuat selalunya” Si Badang” yang datang, dengan sendo macam Malik Noor. Disediakan batu besar (‘boulder’) yang diikat kuat kononnya akan diangkat dengan gigi. Akhir jualan, batu tadi tidak ditempuh pun, ia hanya ‘gimmick’ untuk membuat kami tidak berganjak kemana mana. Kalau ubat sembelit, penjual akan beraksi gelagat orang yang ada masalah tersebut. ‘Kalau keluar yang ni” kata penjual ubat , “ambil buat peluru dan tembak babi, babi pun bolih mati” beliau berseloroh dengan bersungguh sungguh untuk meyakinkan betapa kerasnya sembelit tadi.

Saya terkenang zaman tersebut bila terbaca berita mengenai penjual ubat di KL kena tangkap kerana jualan ubat dan pil ala viagra.Yang mengherankan, bagaimana mereka bolih jual ubat ubatan tersebut? Tak perlukah mereka ambil permit atau kelulusan untuk menjualnya? Yang mereka kena tangkap bukan kerana menjual, tapi kerana jenis ubat yang ditegah dari jualan. Pada hemat saya penguatkuasa kena lesenkan mereka yang nak menjual apa apa jenis ubat pun. Saya tahu ada orang yang kaya raya hanya menjual pil minyak ikan!

Sunday, March 18, 2007

Blogging Perlu Juga Pada Seni

Saya suka mengetahui berita berita ‘up todate’ berkenaan politik tanahair, walaubagaimana pun cuma blog blog tertentu saja yang saya baca. Ialah kadang kadang bloggers membincang perkara perkara yang belum tentu hujung pangkal dan membuat andaian dan ramalan mereka. Keadaan ini mungkin akan jadi fitnah, yang dilarang Allah, dan mereka yang membaca akan turut sama bershubahat.Olih yang demikian haruslah berhati hati. Mereka kekadang acah sahaja dan kita yang membaca hendaklah menilai kebenarannya.

Manusia memang suka kepada perkara perkara yang ghaib dan leka bila ada orang bercerita mengenainya. Tak dinafikan ada isu isu yang sensasi dan menakutkan jika apa yang diperkatakan ada kebenarannya.

Dua tiga bulan lepas sibuk bloggers mencerita perihal Datuk Seri Ahmad Abdullah Badawi (AAB) . Perihal beliau dah kawin lain, nak beli kapal layar, dah beli pesawat boeing, dan kesah menantu beliau mengurus pinjaman kerajaan Malaysia dari luar negeri, akhir semuanya diam begitu saja. Saolah olah isu isu tersebut di gembar gembur untuk syok syok sahaja. Nasib baik tak ada siapa yang kena saman.

Tapi tak dinafikan saya memang terpegun dengan mereka yang membuat cerita. Bukan senang nak tulis berita yang menarik dibaca, mesti ada seninya. Saya cuba juga menulis tapi berhari hari tak siap ada saja yang rasanya tak menarik. Maklumlah kita bukannya arif dalam bidang tulisan cuma rasa macam bolih buat.

Sunday, March 11, 2007

BPR - Integriti Terhakis

Saya sedang menatapi Mingguan Malaysia halaman Wawancara bersama Datuk Dr.Mohd Tap Saleh hati meluap luap,nak komen dalam blog ini. Saya tak habiskan bacaannya.

Saya beranggapan saolah olah Datuk kita ini berbicara dengan matanya melihat kekiri kekanan. Pandangan bukan datang daripada hatinya tetapi dari ‘script’. Saya kurang faham.

Sebagai contoh;
Mingguan: Imej BPR yang tercalar, bagaimana untuk memulihkan imejnya
semula dimata rakyat?
Mohd Tap: Sekarang ada tuduhan dan ia sedang disiasat. Jika siasatan ini
mendapati dakwaan tidak benar, imej BPR tidak akan tercalar.
Tetapi jika dihadapi bersalah sekalipun, imejnya, tetap sama. Bagi
saya situasinya “menang-menang”.


Bermakna tidak ada kesan apa apa. Betoi ka ni!!