Thursday, July 9, 2015



PENGIKUT JADI SERBA SALAH

Saya mengikuti kuliah saorang ustad dibeberapa surau dan masjid. Kadang kadang dalam ilmu akidah, sharah Bukhari, sharah Riadus Solihin dan berbagai lagi.

Ustad memang orang parti PAS, biasa juga turut bersama beliau ketika Bersih 1 dan 2. Sangat berbulu dengan orang UMNO, segala keburukan agama dipersalahkan Umno, hinggakan sanggup dia berkata orang Umno akidah mereka sudah rosak kerana bersekongkol dengan parti sekular. Semasa kuliah jika tak pelekeh Umno jadi tak sah.

Pendirian beliau tidak berubah walaupun satelah selesai muktamar Pas ke 61. Marah sangat dia bila Mat Sabu dan geng tubuh parti baru dan nak bersekongkol pula  dengan DAP dan PKR.

Belum diketahui reaksi beliau bila Pas Ulama berbaik baik dengan Umno dan ada ura ura membentuk UG government. Mahu pengsan dibuatnya, ialah tak tahu arah kemana pula kiblat politik yang akan diikuti.
Biasalah ulama ada hujah untuk menghalalkan tindakan mereka. Dalam hal ini mungkin di kategori sebagai maslahah, dibolihkan. Terpaksa ikut tok guru walaupun melanggar prinsip.
Politik ‘ the art of the impossiblity and absurdity’.

No comments: