Monday, November 16, 2009

SALAM 1 MALAYSIA.

Di maklumkan bahawa Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mempunyai banyak pintu keluar masuk di sekeliling masjid. Diantaranya terdapat satu pintu yang digemari Rasulallah saw. melaluinya dan dinamakan pintu tersebut Babul Salam.


Salam juga adalah diantara nama nama Allah yang baik. As Salam juga merupakan salah satu nama shurga Allah dan begitulah bila kita berwirid selepas solat memohon supaya kita di anugerah shurga As Salam.


Agama Buddha dinamakan sempena pengasasnya Gautama Buddha, Al Qardiani pula dinamakan sempena nama tempat manakala Islam dinamai sempena salah satu nama Allah iaitu As Salam.


Maka Salam ini adalah kalimah yang hebat dan istimewa kepada umat Islam.


Tidak heranlah kita terkedu bila RTM menyebut Salam 1 Malaysia tatkala juruhebahnya hendak membaca berita.


Seharuslah kita cemburu agar nama Allah tidak sewenang wenangnya dikembarkan sembarangan dengan yang lain. Tindakan ini menyesatkan.

Saturday, November 14, 2009

PENGARAH JAIS: RUGI.

Ingatan saya selepas Selangor di tadbir Pakatan Rakyat (PR) dan exco agama di tugaskan kepada Dato Dr Hassan Ali (DHA), maka sebilangan besar ustaz ustaz yang berceramah di Daerah Gombak berasa lega. Kononnya surau dan masjid tidak lagi di kongkong oleh puak puak yang phobia dengan ceramah agama.


Nazir dan jawatankuasanya dirombak laksana suri rumah menukar langsir bila menjelang Edul Fitri. Majoriti makmum berasa puas kerana penceramah yang diminati tidak lagi di kenakan beberapa syarat, hinggakan surau surau berdekatan dalam pantauan JAWI merasa cemburu.


Malang sekali makmum kecewa seminggu dua ini angkara tindakan JAIS yang mula menguatkuasakan kembali tauliah sebagai syarat untuk berceramah.



Rasullah saw pernah dihalang untuk berceramah dan bersembahyang didalam masjid oleh puak puak Quraish. Perkara ini berulang di zaman kini walaupun di beri alasan yang canggih untuk tidak membenarkannya. Allah tidak memberi pengampunan puak puak munafik ini kerana mereka menjadi kufur selepas beriman.Kejahatan mereka lebih teruk dari puak jahiliah satelah mereka kenali Allah.



Peliknya ramai ustaz ustaz mengadu bahawa permohonan untuk berceramah di Selangor tidak mendapat layanan dari JAIS. Ada yang memohon sehingga 6 kali masih belum diberi jawapan. Ada ustaz mengadu walaupun berkelulusan PhD dalam pengajian agama bila di temu ramah oleh JAIS dia saolah olah di hina dengan di suruh membaca Fatihah.


Mereka tiada masalah dengan permohonan tauliah tersebut tetapi haruslah di beri ‘guide line’ syarat syaratnya. Jangan pula mentang mentang tidak sebulu, oleh sebab politik atau personal vendetta, mereka tidak dilayan. JAIS harus bertindak professional.


Begitulah scenario masakini mereka yang hendak menyampaikan ilmu dengan menyebut kalimah Allah dengan tidak disedari dihalang, oleh orang Islam sendiri.


Di balik peristiwa yang terjadi terhadap pentauliahan ustaz ustaz terdapat satu nama yang merugikan umat Islam iaitu Datuk Mohamed Khusrin.


Dalam abjat Arab kho, sin, roa bermaksud RUGI.

Wallahuallam.