Sunday, August 23, 2009

JANGANLAH SUSAHKAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN.

Muhyidin telah mencadang supaya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan hukum terhadap kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang menyatakan penyokong umno yang mengundi umno tidak akan ke shorga.

Memang menyusahkan Majlis untuk memberi kebenaran kerana mereka terikat dengan pemerintah masakini. Nanti soruu miss!

Orang yang bertakwa, beriman dengan perkara perkara ghaib contohnya dosa, pahala, shorga dan neraka. Maka keputusannya hanya Allah Ajawajala sahaja yang mengetahui. Orang Islam yang beriman hanya wajib yakin terhadap perkara perkara tersebut.

Walau bagaimanapun Al Quran telah memberi petunjuk kepada manusia, kalau buat dosa dan ingkar perintah Allah Taala maka balasannya ialah azab neraka. Begitu juga jika taat kepada perintah Allah Taala balasannya ialah shorga.

Memang ada ‘special case’ yang kufur boleh ke shorga dengan rahmatNya. Tetapi mengikut penilaian manusia dengan berpandukan ayat ayat Allah Taala, taat kepadaNya dan Rasullah saw imbuhannya ialah shorga.

Maka pakat pakat nilailah apa yang dibawa oleh pemimpin umno sama ada ia menjurus mukminin dan mukminat ke jalan yang mana.

Sebagai perkara pokok umno memperjuangkan prinsip prinsip nasionalisma bukannya prinsip takwa kepada Allah Taala. Contoh banyak jika di senaraikan, memadai dinyatakan beberapa perkara sebagai renungan;

1. mengguna pakai hukum hukum manusia dan menolak hukum dan perintah Allah Taala,
2. mementingkan perkara sunat seperti shia’ar Islam (mendirikan masjid dan majlis tilawah al quran) tetapi mengesampingkan perkara wajib seperti penjualan arak dan perjudian,
3. tidak berusaha kearah menguatkuasakan penutupan aurat kepada muslimat,
4. rasuah bermaharaja lela termasuk individu individu yang memimpin umno,
5. masih berkiblat kepada undang undang zalim ISA,
6. dan bermacam macam lagi.

Bagaimana mungkin umno dapat memimpin penyokong penyokongnya ke shorga kerana ingkar terhadap suruhan Allah Taala?

Itulah sebabnya susah Majlis Fatwa hendak menyatakan pendirian mereka. Lebih baik diam saja.

No comments: