Thursday, August 6, 2009

BERJAYA NOOR AZAM MENJOLOK SARANG TEBUAN.

Kesan dari artikel ‘Melayu jangan jadi bacul’ nampaknya melayu melayu dah mula tunjuk taring. Bermula dengan Hassan Ali di Selangor dan merebak pula ke Pulau Pinang.


Maka apa lagi melayu umnoputra pun ambil kesempatan untuk tumpang sekaki terhadap isu yang di perbahaskan. Paluan mereka berdentum dentam lebih hebat.


Padahal perkara ini dah menjadi darah daging puak puak umno dari dulu lagi, baru sekarang nak melompat. Betul lah yang dikatakan oleh ‘Tulang Besi’ kaedah mereka saling tak tumpah macam puak puak munafik.


Persoalannya apakah betul Pakatan dah mula berbalah antara satu sama lain atau mereka hanya bersendiwara untuk mengalih tekanan dari umnoputra? Seminggu dua ini tak putus putus mereka asyik ‘instigate’ kerajaan Pakatan negeri Selangor.

Ada juga hikmah kematian TBH kepada Pakatan, dapat bernafas sekejap.


Walau bagaimana pun perbezaan pendapat dalam satu satu kumpulan adalah perkara biasa kerana ini akan mematangkan persafahaman dan tindakan mereka di hari mendatang. Kerana agenda di kemudian hari adalah lebih mencabar lagi.


Rakyat sedang memerhati telatah telatah kalian.

No comments: