Tuesday, August 11, 2009

ARAK DAN DAKWAH.

Zaman muda dulu bila nak bersuka suka di hujung minggu kami akan bertandang ke tempat kawan yang pada masa itu bertugas dengan Malaysian Royal Air Force di Butterworth. Harga murah hinggakan kami sanggup habiskan dua tiga ‘crate’ semalaman.

Waktu itu larangan kepada muslim sudah pun termaktub cuma tidak di kuatkuasakan saja. Harapan pihak tentera sekarang sudah pun melaksanakan larangan dengan lebih ketat.

Apa yang nak dijelaskan ialah larangan telah lama wujud, hanya tidak dipantau dengan serius.


Alasan pihak penguatkuasa kononnya tidak mengenakan larangan dengan gigih di Selangor kerana menggunakan pendekatan dakwah sungguh mengelirukan.

Sudah lebih setengah abad kita memerintah, bila kuasa dah terlepas baru mengelabah nak ambil tindakan.

Tidak timbul isu minuman arak di kalangan remaja Islam sekarang jika pemerintah BN dan Umno dulu prihatin terhadap perkara ini.

No comments: