Tuesday, January 6, 2009

NAJIB INGAT PENGUNDI KUALA TRENGGANU BODOH SANGAT KE.

Surat khabar Star hari ini memaparkan kenyataan Najib bahawa Wan Farid akan dilantik semula kejawatan timbalan menteri jika pengundi Kuala Trengganu memberi kemenangan kepada BN. Ugutan sedemikian sangatlah membodohkan pengundi pengundi di sana.



Mereka peduli apa jika Wan Farid di lantik atau tidak, selama ini pun apa yang dia sumbang kepada penduduk Kuala Trengganu. Yang gian sangat ialah Wan Farid sendiri sama ada boleh kekal glamour nya atau tidak.



Alasan yang Najib berikan saolah olah BN ketandusan isu kenapa mereka mesti menang PRK Kuala Trengganu. Sengaja tidak mahu menerima kenyataan bahawa nyawa dan kudrat BN bergantung sangat kepada kemenangan di K/T.

No comments: