Wednesday, December 3, 2008

FATWA PENGHARAMAN TIDAK MEMBERI KESAN.

Lama juga tak menulis diblog ini. Ashik di penuhi berita pencalunan dalam umno, naik mual nak ikut serta.

Hari ini tergerak hendak memberi pandangan mengenai isu halal haram yang turut menjadi polimik di dada akbar dan dalam beberapa tulisan blogs. Topik ini menarik minat kerana semalam di kuliah magrib ustaz menyentuh hukum haram saorang wanita yang beriman mendedahkan auratnya dan hukum bersalaman dengan lelaki yang bukan mahram.

Fatwa yang mengharamkan pengkid dan yoga kepada muslimin dan muslimat turut mendapat reaksi negatif daripada mereka yang bukan Islam. Hairannya mengapa pula mereka turut menyoal dengan fatwa tersebut? Walhal banyak lagi perkara lain yang diharamkan Islam, tidak pula diambil indah olih penganutnya. Contoh:

  1. merokok diharamkan tetapi masih bertambah umatnya menghisap,
  2. tidak bertudung dan mendedah aurat bagi wanita berleluasa,
  3. minuman alcohol yang haram tetapi ramai umat islam tidak mengindahkannya,
  4. bersalaman lelaki wanita yang bukan mahram,
  5. rasuah haram tetapi masih ramai yang bergelumang dengannya.

Jadi mengapa kecoh kecoh, walaupun benda haram kita buat juga. Ramai pemimpin kita yang telah dijadikan idola rakyat.

Hukuman haram tidak menggerunkan orang islam yang tidak beriman kerana mereka tidak dapat melihat hikmah di sebaliknya dan balasannya pula bukanlah serta merta. Hanya yang beriman saja dapat menilai hikmahnya.

No comments: