Saturday, October 4, 2008

KEMENANGAN MELAWAN EGO.

Sebelum PRU 12 yang lalu saya telah berselisih faham dengan salah saorang ahli jawatankuasa ( si A ) surau An Nur di Taman Koperasi Polis Fasa 1 Kuala Lumpur.

Saorang sahabat saya telah letak risalah yang menyenaraikan kepincangan parti pemerintah BN di perkarangan masjid untuk edaran kepada jemaah. Kebetulan saya berada disitu menunggu masuk magrib.

Si A datang dan melihat risalah tersebut dan terus di buang semuanya kedalam tong sampah. Beliau kemudian cuba menerangkan kepada saya bahawa butiran politik sedemikian tidak harus di sebar di surau. Ia hanya layak berada di warong kedai kopi.

Saya menyatakan bahawa beliau tidak sepatut membuang ke tong sampah, memadai sahaja diletakan di luar kawasan surau. Kaedah ini tidak menyinggung perasaan sahabat saya. Beliau naik berang kerana saya tidak menyetujui tindakannya.

Beliau terus tidak bertegur sapa dengan saya sehingga ke petang hari raya yang lalu, ia itu selama 6 bulan.

Azam saya pada hari raya ialah memohon maaf kepada beliau. Selesai sembahyang selepas bersalaman dengan jemaah, beliau saya cari. Melihat saya beliau terus naik kereta dan malangnya tidak dapat bergerak kerana terpaksa menunggu anak anaknya.

Saya hampiri kereta dan ketuk tingkap. Kerana terperangkap beliau turunkan cermin tingkap dan saya hulurkan tangan memohon maaf. Beliau menyambut sambil mempelawa saya beraya ke rumahnya.

Walaupun beliau hanya pencen ASP polis, peristiwa tersebut adalah satu kemenangan bagi saya.

Syukur alhamdulillah.

No comments: