Friday, September 5, 2008

“HELL BOY” ANAK IBLIS YANG BAIK.

Sebentar tadi baru selesai solat Jumaat. Di tengah hari, bulan puasa pula, imam baca doa punya la panjang naik bosan. Dah lah tak faham apa yang di mohon.

Begitulah jahilnya bila roh dan semangat beribadat itu tidak di hayati.

Masa muda muda dulu ( la pun bukanlah tua sangat ) selalu juga memberontak dengan hal hal beribadat ini. Contoh, orang kata puasa ini nak experience perasaan orang miskin yang melalui lapar dan dahaga. Akal akan berkata, apa, tak kan terlalu miskin sampai nak minum pun tak mampu? Bukankah air tu percuma dan ada dimana mana saja.

Atau pun satu hari pun dah cukup, tak payahlah sampai sebulan.

Terkenang lah blog Marina mengenai ‘hair pin devil looking’ untuk budak budak belum mumayiz. Beliau perli ustaz yang mengharamkannya sambil berkata: “bila pula ustaz tu nampak iblis ada tanduk?”.

Marina memang seangkatan dengan saya, ‘kurang ajaran’ agama. Mungkin ilmu agama ‘terror’ tapi iman entah dekat takok mana.

Macam oientalis barat, boleh bagi kuliah mengenai ajaran Islam tapi dia tetap tidak beriman dengan Allah. Hatinya ‘khotamallah’ dan roh kosong.

Nasib akal saya dah kurang boleh berdolak dalik kerana bila umur dah 60 lebeh Allah buka hati dan pelan pelan celek dengan agama.

Tapi Marina dari baka yang baik, lihatlah Che Det umur dah 80 lebeh masih gagah berpolitik. Tidak hairanlah Marina masih guna akal dengan baik.

Seingat saya iblis dan shaitan ini memang manusia bayangkan bertanduk dan berekor. Dalam Islam tidak pernah saya diberitahu ada nas mengatakan iblis dan shaitan sedemikian rupa. Islam menyatakan iblis menjelma berbagai bagai, sebagai perempuan (devil women), politikus dan juga ulama. Dunia barat sahaja yang potraitkan iblis bertanduk dan berekor.

Secara simboliknya makhluk yang bertanduk ini memang tidak berakal. Lihatlah lembu berotak tapi tidak berakal. Begitu gamaknya iblis, cuma bernafsu tapi tak berakal seperti manusia.

Mungkin itulah sebabnya ustaz tak bagi anak anak memakai mainan tersebut, curiga takut takut terikut macam iblis. Walaupun kanak kanak di Shah Alam ini kebanyakan ber IQ tinggi, ustaz risau berjangkit kepada adik adik yang belum berakal dan ibu bapa yang terlebih akal.

Lihat sajalah watak ‘Hell boy’ anak iblis yang berhajat menolong manusia, terpaksa Hollywood potong tanduknya walaupun ekornya masih ada.

No comments: