Wednesday, September 3, 2008

ALAHAI PUASA BARU SEMINGGU DAH ADA MOOD MINTA MAAF!

Mengapa pula Datuk Najib Abdul Razak perlu memohon maaf bagi pihak Umno mengenai isu yang di cetuskan oleh Datuk Ahmad Ismail. Bukankah Najib sendiri memberi pengakuan dasar Umno tetap menganggap orang Cina dan India adalah rakyat Malaysia setelah lama bermaustatin di Malaysia. Yang pendatangnya ialah datuk nenek mereka.

Silapnya dengan ghairah menyebut ialah Datuk Ahmad Ismail, itu pun mula mula Najib sendiri tak komen walaupun bersama.

Tindakan yang sepatutnya ialah mengarahkan Datuk Ahmad Ismail sendiri memohon maaf kerana kelanjurannya. Itu pun kerana kesalahan teknik.

Nampak sangat Umno sedang tersepit, risau kalau rakan BN yang lain mengugut keluar BN. Sekarang mereka semua dah naik tocang dan terpaksa kena tonggek juboq kalau depa minta.

Umno memang dah parah. Overhaul sahaja yang mana dok ada, tukar dengan spare parts yang baru.

Boleh pakai juga cadangan Tun.

No comments: