Saturday, August 30, 2008

TDM, Merdekakan lah AAB.

Bila TDM keluar Umno beliau tak henti henti mengkritik AAB. Kepada beliau mengkritik, menyoal dan mempeleceh dari luar parti adalah lebih bebas dan tidak berasa bersalah.

Selepas kekalahan BN di Permatang Pauh sekali lagi beliau bersama sama yang lain menyalahkan AAB. Pada hal semuanya ketahui awal awal yang BN akan kalah sebelum bertanding lagi. Sengaja buat buat terkejut!

Pandangan saya sikap TDM ini hanyalah dengan tujuan untuk mengalih kesalahan beliau selama ini. Serangan bertubi tubi agar majority rakyat kampung melihat kesilapan AAB dan melupai kesalahan yang dilakukan di zaman pentadbirannya.

Rakyat di Bandar susah TDM nak kelentung kerana mereka lebih celek dengan maklumat semasa.

Mungkin berita berikut merisaukan beliau:

Jakarta rampas RM454j harta Suharto

JAKARTA 29 Ogos - Kerajaan Indonesia merampas aset bernilai AS$134 juta (RM454 juta) dari sebuah firma yang mempunyai kaitan dengan keluarga bekas Presiden Suharto, kata seorang menteri Kabinet, hari ini.

Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati berkata, tindakan terbaru itu merupakan satu lagi langkah tegas oleh kerajaan bagi mengekang penguasaan dinasti bekas Presiden tersebut.

TDM berkecil hati kerana pentadbiran AAB tidak mendengar nasihat dan pandangan beliau. Tidak terlintas langsung bahawa mungkin pandangannya sudah tidak relevant lagi di era AAB maka itu sebab ia membebel tak henti henti.

Baru baru ni TDM berkata beliau sanggup turun padang menjelajah ceruk rantau konon nak tolong kembalikan keyakinan melayu terhadap Umno.

Saya akui kemampuan beliau kalau 20 tahun lalu, itu pun ada pecacai yang bantu.

Ramai yang ada pun tak mampu nak pulihkan, ini kan pula Che Det sorang.


1 comment:

Zahar said...

Susah hendak mengerti bagaimana saudara menyalahkan TDM kerana mengritik apabila beliau melihat kesalahan2 pengganti nya, atau saudara antara mereka yang anggap pimpinan sekarang Super Bagus dan tiada kesilapan langsung?

Satu lagi- saudara tuduh TDM ada banyak harta saya harap saudara cepat2 bawa bukti2 saudara ke pihak yang berkaitan kerana tuduh tanpa bukti adalah fitnah. Dalam Islam fitnah itu ibarat memakan daging orang yang difitnah itu.

Maka lebih baik saudara kemukakan bukti yang ada pada saudara dari terus menerus menuduh aka fitnah.