Sunday, August 17, 2008

Junjung Quran Mainan Budak ‘Beringuih’.

Teringat masa sekolah rendah dalam tahun 50an, selepas pulang sebelah petang di paksa pula ke kelas muqadam. Masing masing mengilik muqadam dan menjunjung quran.Bila selesai bertaburanlah kami dengan aktiviti permainan yang popular di zaman tersebut; main kotak, gasing, guli, getah dan yang romeo sikit main masak masak.

Jika terdapat perbalahan maka quran lah menjadi saksi kami. Betul ke tak betul kami tak ambil pusing ( aqidah dan iman terlalu rendah ) asalkan dapat lepaskan diri. Junjung quran ini adalah mainan budak budak ‘beringuih’.

No comments: