Thursday, July 24, 2008

Muzakarah, muqabalah…..munakkenabelasah?

Sibuk sungguh dengan isu muzakarah yang di hebohkan Perdana Menteri AAB tempoh hari. Dalam Harakah online terdapat beberapa ulasan dibuat mengenainya, tidak kurang juga ulasan sinis MSO dalam blognya.

Seperti selalu selepas solat Asar kami pekena teh 0 kurang manis ( kedai mamak depan surau ) dan sambil sambil tu apa lagi kami berboraklah pasai politik masakini.

Kami semua ‘hot’ pasai isu muzakarah ini. Rasa rasa nak tanya Haji Subky Latif ( HSL ) kerana beliau juga turut berjamaah bersama kami. Beliau orang kuat Pas mungkin banyak info terkini yang bolih dikongsi. Tapi HSL tak banyak cakap, beliau dalam surau ashyik berwirid selepas dan sebelum solat. Selain bersalaman beliau jarang bermesra dengan lain lain jumaah di situ. Kepetahannya menulis tidak sama dengan beliau ‘in real life’.

Jadi terpaksalah buat andaian sendiri.

Soheh! Pak Lah memang nak jolok Pas dan Pakatan. Kalau tidak kami dah ramai ramai keluaq Pas dan masuk PKR. Dulu pun masa PRU12 kami turut sama membantu kemenangan Tian Chua, sampai la ni bendera Pas dan PKR yang beriringan, kami belum turunkan lagi.

Nasib baik Tok Guru Nik Aziz buat penjelasan. Depa yang gatai pungkoq pi jumpa Umno tu buat apa, ghapplah sungguh. Bukan tak tau perangkap Umno, silap hari bulan Nasarudin Md Isa nanti kena londeh seluaq.

Kalau pun nak acah PKR dan DAP jangan libatkan Umno. Depa ni opportunist, bagi saja ruang nanti depa ghonyeh Pas sebolihnya, tambahan depa ni tengah dok kalut dan sedang meracau.

Duduklah pakat baik baik dalam Pakatan kerana masa depan nampak cerah, walaupun sekali DSAI tak dapat bersama.

No comments: