Thursday, July 10, 2008

Memo Bantahan Kepada Sultan Selangor - Satu Pandangan.

Berita berikut di dalam Utusan menjadi ulasan.

Sudah beberapa hari saya berhasrat menyampaikan pandangan terhadap isu yang di bangkitkan. Olih kerana berita Dato Najib dan DSAI berkumandang seantero ceruk rantau, maka saya juga turut terpegun dan ‘ghalit’, sampai kerja sendiri jadi tertangguh.

100 NGO serah memorandum bantahan kepada Sultan Selangor

03/07/2008 4:55pm

SHAH ALAM 3 Julai — Sekumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Selangor hari ini menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai kelemahan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu dalam hal ehwal Islam.

Seramai 200 anggota pelbagai NGO itu menyerahkan memorandum berkenaan kepada Pegawai Pengiring Sultan, Komander Ahmad Ramli Kardi, di Istana Bukit Kayangan di sini.

Jurucakap mereka, Datuk Abdul Abdul Rahman Palil, berkata antara bantahan yang terkandung dalam memorandum itu ialah mengenai penyalahgunaan masjid sebagai medan berpolitik selain kewujudan semakin ramai penceramah dan khatib tidak bertauliah.

“Memorandum ini bertujuan agar keadaan yang berlaku ini dapat diperbetulkan memandangkan Tuanku Sultan adalah ketua agama di negeri ini,” katanya kepada pemberita.

Abdul Rahman berkata memorandum itu juga menyebut mengenai pembinaan rumah ibadat tanpa memikirkan keperluan serta sensitiviti kaum serta mengenai isu zakat.

— BERNAMA

Pertama tama saya kurang yakin adanya 100 NGO berbangsa Islam wujud di Selangor. Mereka ini semua gempak saja, kerana bila nak anjurkan program Islamic nak dapat 10 NGO pun sakit. Mereka yang turut menghantar memo ini entah entah waktu magrib sedang berlegar di lobi lobi hotel yang terdapat di sekitar K/L dan Shah Alam.

Islam tidak melarang berpolitik di masjid bahkan di zaman Rasulallah saw dan sahabat sahabatnya menggunakan masjid sebagai premis untuk merancang urusan negara dan rancangan peperangan mereka.

Pemerintah di Malaysia sahaja yang tidak mengizinkan, kerana tidak mahu mewujudkan platform kepada pembangkang untuk mengkritiknya.

Namanya pembangkang tentulah mengutarakan perkara perkara yang tidak betul dan menyeleweng dipandangan mereka. Hendaknya pemerintah pula dapat mematahkan hujah hujah tersebut, jangan guna kaedah tidak mahu langsung menerima kritikan dan komen. Rakyat tahu menilai kebenaran.

Situasinya sama, baik BN atau PR yang memerintah.

Ketua agama wajib mempunyai sifat alim, warak dan adil didalam mentadbir jajahannya. Meneliti apakah program yang dianjurkan kepada rakyat melalui institusi masjid. Jika ia menggalakkan makruf dan menegah mungkar walaupun menyinggung kumpulan kumpulan tertentu, maka janganlah program program tersebut di sergah dan di sekat. Pokoknya, jika agenda dapat memberi faedah dan kebaikan kepada makmum maka teruskan lah.

Isu sama ada penceramah mempunyai tauliah atau sebaliknya usah dijadikan alasan, yang penting message yang disampaikan adakah munasabah dan benar. Ini dapat di nilai olih kariah yang berkenaan. Janganlah anggap makmum setempat bodoh sangat tak gheti agama, biarkan mereka menilainya. Kalaulah si penceramah menabur fitnah dan membawa ajaran songsang ahli kariah sendiri akan bertindak melontar penceramah tersebut keluar masjid.

Kadang kadang isu tauliah ini dijadikan senjata untuk menyekat penceramah tertentu berdakwah, ini adalah satu kerja yang tidak ikhlas. Olih yang demikian jangan sandarkan sangat perkara tauliah ini. Kenapa di satu ketika penceramah di sanjung, bila berkonflik dengan pemerintah mereka di gam. Ini lah kerja kerja orang munafik menyekat dakwah Islamiah.

Biasalah kalau penceramah perli sikit pemerintah, sebagai contoh, tak payahlah melenting. Kata orang ambil ‘in good spirit’.

Kalau berceramah hal akhirat saja nanti makmum naik jemu, kalau yang mendengar hanya orang pencen yang ‘ nak mati esok lusa’, mereka tak kisah sangat kerana hanya menunggu masuk waktu solat saja. Tapi yang kita mahu geng geng muda supaya dapat datang memakmurkan masjid.

Salah satu cara galakan ialah dengan program ceramah yang dapat mengupas aspek dunia dan akhirat, mengenai perjuangan dan arah tuju Islam sejagat. Isu ini mungkin dapat menarik minat kumpulan tersebut.

Masjid saya berjemaah berada dalam Wilayah dan AJK nya terdiri dari bekas bekas pegawai polis. Tahu sajalah mentaliti mereka ini tak payah saya bercerita panjang. Tiap tiap minggu cuma ada 2 orang penceramah, imam 1 dan imam 2, dua minggu sekali ada ceramah jemputan. Kebanyakan makmum adalah polis pencen biasa, pakat cari dinding dan tiang untuk bersandar, kaki berlunjur sambil mata pejam. Tunggu saja sampai masuk waktu ishak. Mereka yang dahagakan ilmu bergegas selepas magrib ke surau dan masjid berhampiran dalam kawasan Selangor.

Jawatankuasa mengharap hanya penceramah bertauliah yang ada beberapa kerat sahaja. Padahal dalam kawasan Gombak bercambah ada ustaz ustaz yang berilmu dan bolih berceramah. Kerana nak tunggu yang bertauliah dan takut terkena ustaz yang ‘opposite camp’ maka sepilah masjid yang mereka urus.

AJK tahu tapi buat bodoh saja. Arahan JAWI tidak ada mesyuarat agong sehingga 2009 kerana sebab sebab yang mereka sahaja ketahui. Yang rugi adalah mereka yang ikhlas menimba ilmu, dunia dan akhirat.

Wallahhuallam.

No comments: