Saturday, June 28, 2008

Najib: Alasan Budak Sekolah Rendah.

Bukan menghukum rakyat: Najib

( Sinar Harian 28/06/08 )

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan kerajaan menangguhkan beberapa projek besar termasuk Jalan Lingkaran Luar (PORR) dan monorel yang sepatutnya dibina di Pulau Pinang bukan untuk menghukum pengundi yang memilih Pakatan Rakyat (PR) menerajui negeri tersebut.

“Tidak timbul soal menghukum sesiapa kerana projek yang telah dirancang akan tetap dilaksanakan walaupun projek di negeri yang dimenangi pembangkang (PR),” katanya pada sidang media selepas mendengar pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9), di sini, semalam.

Menurut Najib, beberapa projek yang telah dirancang sebelum ini terpaksa ditunda selepas kerajaan membuat penilaian semula terhadap projek tertentu.

Merenung alasan yang diberikan, maka terkenang saya akan cerita zaman di bangku sekolah.

Ceritanya saorang murid berhasrat hendak menyembunyikan wang dari sahabat sahabatnya maka ditimbus dalam lubang. Untuk mengelak dari terlupa akan tempat tersebut lalu diletaknya papan tanda diatas lubang tersebut, yang berbunyi: “ Di sini tidak ada wang ”.

Melucukan.

No comments: