Sunday, June 8, 2008

Menteri Lama Tumpang Sekaki ..... Membodek!

Setuju dengan Pengerusi Felda bahawa kenaikan harga minyak tidak jejaskan pendapatan peneroka Felda. Tapi yang beliau bangkitkan tentang pendapatan tu apahal? Semua rakyat tidak akan terjejas pendapatan mereka, yang kalut hanya perbelanjaan harian.

Beliau bukannya apa, teringin juga nak komen pasal kenaikan harga minyak kerana dah lama orang lupakannya.

Kenaikan harga minyak tidak jejas peneroka

BANDAR JENGKA 7 Jun - Kenaikan harga minyak tidak akan menjejaskan pendapatan 112,635 peneroka di seluruh negara yang menikmati harga getah dan sawit yang tinggi pada masa ini.

Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor berkata, harga komoditi itu kini berada pada paras tertinggi iaitu lebih RM730 setan manakala getah RM4.30 sen sekilogram.

Berikutan paras harga yang tinggi itu, beliau tidak menafikan ada peneroka yang meraih pendapatan lebih RM10,000 sebulan jika mereka memperoleh tuaian buah tandan segar (BTS) melebihi 15 tan setiap pusingan kelapa sawit.

''Secara puratanya, pendapatan peneroka adalah antara RM3,000 hingga RM6,000 sebulan berikutan harga komoditi yang tinggi.

Teliti pula laporan Basiron Abdul Wahab ;

TEMERLOH 8 Jun (Hrkh) - Masyarakat Peneroka dipercayai akan terjejas teruk berikutan kenaikan harga minyak sebanyak 41 peratus seperti diumum Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi 4 Jun lalu, kata Ahli Jawatankuasa Lajnah Peneroka PAS Pusat, Che Zuhar Harun

Katanya, peneroka yang memperolehi pendapatan dalam linkungan RM1,200 sebulan akan menghadapi masalah besar apabila kos sara hidup naik mendadak dalam masa dua bulan akan datang.

Ini kerana majoriti peneroka bergantung hidup kepada wang sara hidup pinjaman/pendahuluan daripada pemaju (Felda) yang jumlahnya di antara RM1,200 hingga RM1,500 sebulan.

Menurutnya, dengan wang itulah peneroka menyara keluarga membayar bil air, eletrik, telefon dan pelbagai kos lain.

Ini sudah tentu menjadikan peneroka semakin miskin walaupuan harga komoniti kelapa sawit dan getah berada di paras stabil tetapi peneroka tidak merasai hasil kenaikan itu kerana ladang mereka diusahakan oleh pemaju (Felda).

Gara gara nak bodek terpaksalah cerita yang bagus bagus belaka, kononnya bab kesusahan ini mungkin peratusnya kecil saja.

No comments: