Sunday, May 25, 2008

MASIH LAGI MENYOMBONG

Kebanyakan pemimpin bersetuju untuk memulih kepercayaan dan keyakinan orang melayu, parti Umno wajib melalui refomasi. Walau bagaimana pun masing masing masih tercari cari formula dan cara ia akan dilakukan.

Ibarat kereta, tiap tiap 5000 km kita di syor tukar minyak hitam dan cuci filter nya sekali. Tapi kalau kereta dah rosak terpaksalah ‘over haul’ sekali. Tidak berkesan sekadar mencuci ‘spark plugs’ dan cuci filter sahaja, ia harus di tukar baru.

Lihat saja apa kata Rafidah hari ini;

Jangan terlalu ghairah - Rafidah

Oleh ZAMZURINA AHMAD

ALOR STAR 24 Mei - Ahli-ahli Puteri UMNO yang menyertai Wanita UMNO dinasihatkan tidak terlalu ghairah untuk bertanding jawatan tertinggi di bahagian-bahagian khususnya jawatan Ketua Wanita.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz sebaliknya menyarankan mereka bertanding di peringkat ahli jawatankuasa terlebih dahulu.

''Kalau nak bertanding pun, bertandinglah untuk ahli jawatankuasa kerana ia melibatkan bilangan yang ramai.


Kalau pemimpin pemimpin tua mempunyai perasaan begini, belum tentu Umno dapat mengembalikan keyakinan kepada orang melayu. Masih lagi mementingkan jawatan yang mereka sandang dan tidak mahu mengaku kelemahan diri, apa yang terjadi kepada parti semuanya kesalahan orang lain.

Jika terdapat mereka yang ingin berbakti kepada parti jangan pula berlagak angkuh macam dulu. Terima saja hakikat bahawa parti memerlukan suntikan tenaga baru. Jangan berlagak macam Kerismuddin;

Hishammuddin ada 3 soalan untuk Ezam

KLUANG 24 Mei - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan membangkitkan tiga perkara apabila diminta mengemukakan pandangan oleh pucuk pimpinan tentang kemasukan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor ke dalam UMNO.

Menurut beliau, pertamanya, beliau akan meminta pemimpin UMNO melihat apa manfaat yang bakal diperolehi apabila Mohamad Ezam masuk semula ke dalam UMNO; kedua, setakat mana keikhlasannya untuk berjuang bersama UMNO dan ketiga, apa peranan beliau apabila diterima masuk UMNO.


Masih lagi tidak sedarkan diri, kalau ia pun nak tegur TDM berhemah dan berlapiklah sikit. Without him you are nowhere now;


Bosan dengan desakan

KLUANG 24 Mei - Rakyat dan kebanyakan ahli UMNO sudah bosan dengan desakan dan tuduhan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau yang telah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin UMNO di peringkat bahagian turut dimaklumkan oleh pemimpin berkenaan bahawa mereka sudah bosan dengan keadaan yang berlaku sekarang.


Hapuskan segera sifat sifat buruk dahulu, kerana itulah penyebab kebanyakan melayu naik bosan dan tinggalkan Umno. Lihatlah saja, TDM
pun mual dengan telatah pemimpin Umno sekarang.

No comments: