Friday, May 2, 2008

“Ketuanan Melayu” Hanya Alasan Belaka.

Bila dengar desakan Timbalan Ketua Bahagian Umno Ceras menjemput semua bangsa melayu dari Umno, Pas dan PKR bersatu untuk berbincang isu ‘ketuanan melayu’ maka saya rasa terpanggil untuk menyatakan pandangan peribadi mengenainya.

Persoalan hanya timbul bila Umno dilihat tidak mendapat sokongan padu dari bangsa melayu sendiri dalam PRU 12. Hingga ke saat ini pemimpin pemimpin Umno masih tercari cari punca perkara ini berlaku.

Saya sendiri turut bertanya apakah betul isu ‘ketuanan melayu’ tercabar? Jika diamati analisis yang dinyatakan olih Raja Petra, jumlah kerusi yang di menangi olih melayu keseruhannya tidak pun tergugat, yang berkurangan hanya yang di wakili Umno. Adakah bila orang melayu menyokong Pas dan PKR maka ia menjadi ukuran bahawa ‘ketuanan melayu’ tercalar? Mungkin ini adalah kenyataan, bila dilihat semenjak tahun 2004 Umno tidak begitu mengindahkan hal hal ‘ketuanan melayu’ malah “they don’t give a damn about it”. Baru sekarang isu ini hendak dibangkitkan yang menandakan usaha mereka tidak ikhlas, hanya sekadar untuk mengembalikan kepercayaan melayu kepada Umno, itu sahaja tujuannya.

Apalah yang kita hendak pertahankan kata kata Hang Tuah “ takan melayu hilang didunia”. Saya kira Hang Tuah masa itu kurang ilmu keislamannya, bukan setakat melayu, keseluruhan manusia akan turut lenyap di dunia ini, hanya Allah menentukan.

Rasanya amat tepat sekali jika semua pemimpin Umno diajak ke Kongres Permuafakatan Melayu di Johor Baru, kerana merekalah punca menampakan melayu kurang bersatu. Bak kata Noraini Abd.Razak ( Wartawan Utusan );

..........pada satu ketika Melayu dilihat tergamak mengetepikan maruah bangsa semata-mata didorong oleh amarah dalam diri gara-gara alasan yang berbentuk pangkat dan harta benda.

Melayu 'membunuh' Melayu kerana tidak dicalonkan sebagai wakil rakyat. Malah ada Melayu 'memijak' Melayu semata-mata untuk memastikan dia memanjat tinggi. Melayu juga sanggup 'mencantas' peluang Melayu lain asalkan masa depannya dijamin cerah.

Tidak payah di ajak melayu dari Pas dan PKR, ( nampak semacam nak kucar kacirkan kerajaan Pakatan Rakyat saja ). Harap harap melayu Pas dan PKR jangan pula terjebak dengan hasrat Timbalan Ketua Bahagian Umno ini.

Pantang ada tindakan Melayu yang bertemakan keris atau istilah hak keistimewaan maka akan melentinglah banyak orang - nyata Melayu kini semakin tiada hak hatta untuk bersuara di negara sendiri.

Kenapa perlu meminta maaf jika serius menjaga ‘ketuanan melayu’?. Inilah gara gara cuak tidak mendapat sokongan bukan melayu dan kehilangan kuasa Umno. Ia hanya menjadi alasan belaka.

No comments: