Monday, May 12, 2008

Dasar TDM Yang Tidak Berkekalan.

Kaji beri semula lesen teksi individu

Utusan Malaysia 12/05/2008 12:01pm

KUALA LUMPUR 12 Mei — Lesen teksi untuk pengusaha individu mungkin dikeluarkan semula ekoran pelbagai masalah dihadapi pemandu teksi milik syarikat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar berkata kementeriannya sedang menyediakan kertas kabinet untuk mengkaji supaya pemberian lesen teksi, terutamanya kepada pemandu-pemandu teksi individu dibuka semula.

AAB dedah dasar TDM yang tidak mesra rakyat.

2 comments:

jebatmustdie said...

Uncle,

How did you come up with the analysis that the problems arose/caused by the taxi companies are due to TDM's policy which was not people friendly?

How short sighted can you be? WHy can't the blame be shifted to Nazri Aziz when as the Minister of Entrepreneur Development, he was the one who suggested that permits be given to taxi concessionaires?
(in the end, he was implicated with the corruption dealings of the taxi permits).

I'm sure you can't blame TDM over this matter as it was his ministers who fouled up a noble intention (to amalgamate bumiputra taxi drivers into one roof so that their livelihood can be secured).

Pak Lah should take the brunt of still keeping Nazri Aziz in the Cabinet. Kudos to Noh Omar for highlighting the problem. Let's hope the bumiputra taxi drivers will not sell their permits to the non bumi's taxi companies to gain quick buck.

Don't be too myopic in your analysis. Too much hatred will cause you to lose sleep.

Thanks uncle.

Kerajaan Rakyat said...

Saya bukan ahli politik, tetapi saya membaca sifir politik melalui pemerhatian serta pengamatan tindak-laku dan sandiwara para pelakonnya. Pelakon sandiwara politik adalah mereka yang menjadikan lapangan politik sebagai sumber pendapatannya.

Slogan dan retorik yang beraneka adalah skrip sandiwara kutu-kutu politik ini. Samada kutu-kutu ini mementaskan sandiwara politik mereka di peringkat nasional, negeri, daerah atau desa, matlamat dasar mereka adalah meraih perhatian, simpati dan sokongan rakyat demi meliliti mereka dengan kekuasaan yang lumrahnya berakhir dengan matlamat sebenar mereka – menggunungkan harta kekayaan dan wang ringgit.

Sejarah banyak membuktikan, terlalu banyak mereka yang telah berpuluh tahun berkhidmat sebagai guru atau pengetua atau pegawai PTD yang hanya mampu memiliki sebuah rumah kediaman yang sederhana dan hanya termampu memiliki kereta paling hebatpun mungkin Proton Perdana atau Honda Accord 2.0 atau Volvo secondhand.

Manusia yang sama apabila terpilih sebagai wakil rakyat samada sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Dewan Rakyat dalam jangka masa 4 atau 5 tahun telah berubah menjadi jutawan dengan hartanah, kereta dan perniagaan yang berbagai dalam nilai jutaan dan mungkin puluhan juta ringgit.


http://kerajaanrakyat.blogspot.com/