Saturday, May 24, 2008

Berputih Mata Kita Dengan Batu Putih.

Batu Putih menjadi hak orang, maka berputih matalah kita rakyat Malaysia. Batu ( Middle Rock ) yang kita dapat bolihlah Rais Yatim langsungkan acara naikkan Jalur Gemilang menandakan kemenangan Malaysia sebelum ianya di tenggelami lautan lantaran ‘green effect’ buatan manusia juga.

Begitulah episod yang terjadi kepada Tanah Melayu, sedikit demi sedikit ditakluki orang, dek kebangangan orang melayu sendiri.

Olih yang demikian orang Johor wajib berhati hati, jangan tergadai jajahan kita disebab mengejar pembangunan dan kekayaan. Tidak ada gunanya nampak makmur dan maju jajahan kita tapi orang melayu sekadar menjadi penonton sahaja, kerana pada dasarnya memang orang melayu tidak berkemampuan. Bangunkanlah mengikut kudrat kita.

Disatu hari nanti, takut takut generasi kita akan berputih mata sekali lagi di sebabkan kegelojohan melayu masakini.

Belajarlah dari kesilapan zaman lampau.


No comments: