Saturday, May 31, 2008

Berapa Punya Banyak Hari Daa…..?

Malaysia bolih di senaraikan ‘World Guiness Book of Record’ dalam kategori merayakan segala macam hari. Saya pasti kebanyakan kita tidak dapat menyenaraikan semua hari hari untuk mengenang jasa jasa beraneka jenis profession yang terdapat di negara kita;

Dalam ingatan saya setakat ini profession berikut telah mendapat pengiktirafan :

. 1 Mei - Hari Pekerja

. 18 Ogos - Hari Penternak, Peladang dan Nelayan.

. 25 Mac - Hari Polis

. 16 Mei - Hari Guru

. 1 Mac - Hari Tentera

. 11 Mei - Hari Jururawat

. 12 Mei - Hari Ibu

. 11 Julai - Hari Bapa

Terbaru;

29 Mei Hari Seniman Kebangsaan

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR 29 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan tarikh 29 Mei setiap tahun sebagai Hari Seniman Kebangsaan.

Perkara itu diumumkan oleh Abdullah ketika berucap di hadapan 4,000 penggiat seni tanah air pada majlis pelancaran Hari Seniman Kebangsaan 2008 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Bila pula pemandu pemandu nak sambut hari mereka? Maka duduk dirumah sajalah kita hari tersebut!

No comments: