Monday, March 17, 2008

Wartawan Utusan Yang Mangkuk Hayun.

Parlimen bakal bergegar

Oleh: MARHAINI KAMARUDDIN (WARTAWAN UTUSAN)

TIDAK sabar rasanya menunggu anggota Parlimen Ke-12 bersidang.

Takwim Dewan Rakyat dalam laman web rasmi Parlimen sehingga hari ini masih kosong, walaupun mesyuarat bagi penggal pertama itu difahamkan akan diadakan paling awal April ini.

Jika sebelum Parlimen ke-11 dibubarkan 13 Februari lalu, Barisan Nasional (BN) memenuhi 198 kerusi Dewan Rakyat manakala pembangkang hanya menduduki 20 kerusi – keadaannya akan berubah pada sidang baru nanti.

Seperti diketahui umum, Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu menyaksikan BN hanya memenangi majoriti mudah iaitu 140 kerusi.

Daripada jumlah itu, UMNO memenangi 79 kerusi, MCA (15), MIC (tiga) dan Gerakan (dua).

Parti-parti komponen BN Sarawak pula memenangi 30 daripada 31 kerusi yang dipertandingkan manakala parti komponen BN Sabah memenangi 11 kerusi.

Parti pembangkang melakukan ‘silap mata’ apabila menggandakan kerusi milik mereka kepada 82 yang terbahagi kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebanyak 31, DAP (28) dan Pas (23).

Si marhaen wartawan ini memang kaki jilat punggung bos dia, hingga tak hendak menerima hakikat sebenar kemenangan BR. Wartawan ini cuba memperbodohkan rakyat di dalam PRU 12 yang lalu. Dia ingat rakyat bangang tak bolih berfikir. Silap mata konon, tak usah lah dok perli, yang sebetulnya otak awak yang silap.

Terima sajalah kenyataan.

Mangkuk hayun punya wartawan!!

No comments: