Monday, March 10, 2008

BN Kedah Dah Mula Mengacum.

Guru bimbang tindakan ambil alih premis boleh ganggu proses pembelajaran

SUNGAI PETANI: Baru sehari pakatan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menguasai Kedah, mereka sudah mengambil tindakan mengarahkan Tabika Kemas di beberapa kawasan negeri ini dikosongkan serta-merta sejak pagi semalam.

Beberapa guru Tabika Kemas yang ditemui mengakui mereka didatangi pihak tertentu sejak semalam yang mengarahkan bangunan itu dikosongkan secepat mungkin bagi membolehkan diambil alih kerajaan Pas.

Bunyi macam biasa dengar. Dulu yang lepas lepas bila pembangkang kecundang mereka pun komplen macam tu juga. La ni kena giliran kitalah pula.

Kalau nak tahu Kemas ni ialah jentera parti BN, orang orang kuat Umno ramai yang graduate dari Kemas. Dan menerusi Kemas jugalah segala dakyah dan kempen BN disalurkan kepada masyarakat. Untuk melindungi aktiviti ini maka BN berpurak purak menjadikan Kemas sebagai pusat asuhan kanak kanak.

Samalah dengan program pembangkang iaitu Pasti. Masa BN memerintah dipastikan Pasti dikawal hingga sukar bergerak.

Kalau lah apa yang dilaporkan diatas itu betul, tidaklah mengherankan. Program untuk melemahkan lawan ialah melumpuhkan jentera mereka, sama dengan stratergi yang diguna pakai olih BN.

Sebagai contoh segala ceramah ceramah agama mesti mendapat kelulusan kerajaan BN dan kerap kali memang tak lulus. Kerajaan BN ketahui melalui ceramah agama di masjid masjid pihak pembangkang menyiarkan kempen mendedahkan keburukan kerajaan BN. Maka ramai penceramah digam dari berceramah dan semua AJK masjid adalah orang BN seperti mana terdapat di seluruh Selangor.

Bermakna kata ini pulang ‘paku buah keraslah’. Jadi SABAR sajalah!!! Adat dalam stratergi perjuangan.


Timbalan Ketua Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain yang dihubungi berkata, beliau kesal dengan perbuatan itu kerana pihak terbabit tidak langsung memikirkan masa depan generasi muda yang mahu menuntut ilmu.

"Mereka mengutamakan politik lebih daripada segala-galanya sehingga sanggup menyusahkan kanak-kanak Tabika yang tidak berdosa dan menjadi mangsa.

"Tambahan pula mereka baru saja menang dan sepatutnya memikirkan perkara lain dulu yang lebih penting iaitu menjaga kebajikan rakyat," katanya.

Nak buat macam mana kerajaan baru la ni fikir yang ini lebih penting dari yang lain, jangan pula dok ajar kami mentadbir, tak dan apa apa dah komplen, inilah perangai bebal orang orang BN. Pergilah berkabung dimana mana dulu lepas tu mai balik.

1 comment:

Anonymous said...

Harakahdaily reported that the new PAS government did not issue any directive yet about any changes of policy. This a losers bad attitude to tarnish the image of the new government.