Wednesday, November 21, 2007

Bocor, Loghah, Terowong dan Tahan Tuaq.

Budaya pertuturan harian lelaki Kedah memang kasar, komikal dan kelolo. Mungkin ini menunjukan keakraban sesama mereka semasa bercakap. Bila rasmi atau baru kenal maka loghat dan gaya percakapan di kawal. Itu pun buat sementara saja, bila dah lama sikit budaya asal mulalah menjelma. Perkataan seperti ‘nampak loghah, terowong, tahan tuaq, bochoq’ biasa saja dipertuturkan, tidak ada ‘bad connotation’. Masalah timbul bila budaya ini di gunapakai diperingkat nasional dan di bedah siasat pula ungkapan ungkapan tersebut. Maka jadilah ia satu isu.

Memang betul lah MP Jerai dengan ikhlas mengatakan ia tidak bermaksud menginggung sesiapa, begitulah cara beliau bertutur dengan masyarakat di parlimen Jerai dan rakyat Kedah. Beliau baik orangnya, cuma kelolo sikit.

Mereka harus berhati hati bila bertutur di majlis resmi, contohnya dalam parlimen. Persepsi mereka yang mendengar bertukar dan akan ‘pass judgement’ menuduh kita tidak berakhlak.

Yang dok pi komen stewardess Air Asia pakai skirt pendek tu buat apa, depa tu semua bukannya orang beriman, lantak pi dekat depa. Yang patut di tegur ialah kakak kakak kita yang beriman dalam parlimen yang tak bertudung. Dalam Islam tak pakai tudung dan yang pakai bikini sama saja, dua dua tak tutup aurat. Makna kata kak Fidah pakai bikini lebih kurang sama saja dosanya disisi Allah kerana ingkar dengan perintahNya, cuma orang nanti kata ‘buang tabiaat’ saja.

Olih yang demikian MP Jerai bila bertutur tu biarlah nampak class sikit dan jangan ‘nghumbu’ sangat dengan isu isu yang nak di utarakan.

No comments: