Saturday, October 13, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

Sambutan Aidilfitri tahun ini di sekitar kediaman kami kurang meriah berbanding tahun tahun dahulu. Yang pertama ramai jiran pulang ke kampung dua tiga hari sebelum hari raya. Tinggallah kami yang yatim piatu ( yatim piatu Ahmad Nispu ) dan yang dah bercucu.

Sebenarnya matlamat Aidilfitri akan berubah mengikut usia dan kefahaman mengenai sambutan Aidilfitri itu sendiri. Mereka yang berumur 18 tahun kebawah fokusnya ialah berapa banyak wang yang dapat di kumpulkan. Kepada remaja dan remaja tua kemenangan mereka ialah tak payah lagi di kejutkan untuk bersahur. Pada mereka yang pencen dan dah dekat nak mati, pemergian Ramadhan amat menyedihkan dan merindui pula kedatangannya tahun depan.

Sempat saya menziarahi rumah rumah jiran yang tak balik kampung. Satu trend yang di perhatikan ialah kanak kanak sekarang dah tak buat kerja beraya ke rumah rumah jiran lagi. Tak lagi kisah berapa wang raya yang mereka dapat kumpulkan. Kebanyakan mereka menghabiskan masa di depan kaca tv. Duit, papa dan mama bagi lagi lumayan. Maka ‘spirit’ Aidilfitri tak lagi semeriah dulu.

Dalam kutbah, Jawi menyuruh Aidilfitri di penuhi dengan aktiviti lawatan ke rumah jiran untuk tujuan siratul rahim. Aktiviti tersebut tidak akan tercapai jika pihak tv asyik menayangkan program program hiburan belaka di siang hari pertama Aidilfitri.

Pada pandangan saya Datuk Zam patut halangi program program hiburan di siang hari, instead tunjukkan program program yang budak budak meluat nak tengok. Sebagai contoh tayangan ulangan perhimpunan agong orang orang politik, atau dokumentari lawatan menteri menteri keluar negara untuk mencari pelabur ke Malaysia, atau persembahan bajet olih PM, atau program program untuk selera orang orang bukan muslim. Program hiburan di benarkan selepas magrib saja. Saya pasti suasana kemeriahan Aidilfitri akan dapat di kembalikan seperti zaman Datuk Zam dulu.

No comments: