Sunday, October 28, 2007

Aidilfitri 1428

Sambutan Aidilfitri tahun ini di sekitar kediaman kami kurang meriah berbanding tahun lepas. Ramai jiran pulang ke kampung dua tiga hari sebelum hari raya. Tinggallah kami yang yatim piatu ( yatim piatu Ahmad Nispu ) dan yang dah bercucu cicit belaka.

Kemeriahan Aidilfitri akan mendapat lonjakan semula seminggu selepas 1 Shawal, dimana kaum muslimin akan berlumba lumba mengadakan rumah terbuka. Suasana ini akan berlanjutan hingga ke akhir Syawal. Begitulah budaya dan ragam orang kota kerana terpaksa meraikan Aidilfitri di kampung.

Semalam 28/10/07 para jemaah surau terpaksa membahagikan kepada 3 kumpulan yang di tekongkan imam, bilal, dan penolong bilal kerana terdapat 5 jemputan rumah terbuka yang sengaja di adunkan dengan kenduri doa selamat dan tahlil. Maka menyengkaklah para para jemaah surau.

Roh Aidilfitri berubah mengikut usia dan kefahaman mengenai Aidilfitri itu sendiri. Mereka yang berumur 10 tahun kebawah fokusnya ialah berapa banyak wang yang dapat di kumpulkan. Kepada remaja dan ‘remaja tua’ kemenangan mereka ialah tak payah lagi di kejutkan untuk bersahur. Pada mereka yang pencen dan dah dekat nak mati, pemergian Ramadhan amat menyedihkan dan merindui pula kedatangannya tahun depan.

No comments: