Tuesday, September 11, 2007

Persiapan Menyambut Ramadhan

A. Yang beriman

  1. Niat berpuasa
  2. Bangun bersahur
  3. Puasa di siang hari daripada perkara perkara yang terlarang
  4. Buka puasa
  5. Solat terawih
  6. Solat tengah malam.
  7. Tempa baju raya untuk anak anak dan isteri. Diri sendiri pakai selepar dan kain pelekat baru cukup.

B. Orang kebanyakan

  1. Niat berpuasa
  2. Bersahur sebelum tidur
  3. Biasalah puasa di siang hari (penuhkan masa dengan tidur, menonton wayang, jalan jalan pasar Ramadhan)
  4. Buka puasa kadar melepaskan geram siang hari
  5. Solat terawih 3 minggu yang pertama dan cari masjid yang buat express.
  6. Tempa baju kurung/melayu fesyen terkini, jika bolih jenis dan warna yang itu sahaja dalam dunia ini.

C. Suri rumah tangga

  1. Tempa kuih hari raya yang gurantee sedap, mahal tak kisah.
  2. Langsir dan tikar getah/carpet baru
  3. Sahur saja left over buka puasa, cuma masak nasi dan telur masin atau ikan kering
  4. Solat terawih off & on bila ditanya katakan terawih di rumah
  5. Buat keputusan awal nak raya di mana?
  6. Pakaian raya dah siap beli sebelum puasa lagi.

D. Peniaga ( pasar ramadhan, tukang baju, dan tukang buat kuih raya )

  1. Tempa lot perniagaan dengan Bandaraya,
  2. Ambil tempahan baju raya dan kuih raya setakat terdaya
  3. Siapkan modal
  4. Cari pembantu
  5. Modify kereta nak bawa jualan ke pasar ramadhan
  6. Buka puasa belambak di pasar ramadhan. Tukang jahit dan tukang buat kuih masih selesa berbuka.
  7. Sahur makan apa yang ada atau makan kuih raya yang reject.
  8. Solat terawih? Tengoklah jika sempat.

E. Orang kaya dan ternama

  1. Siap cuti keluar negeri
  2. Atau medikal treatment di negara Mat Saleh.
  3. Puasa, sahur dan solat terawih, kira musafir sajalah.

SELAMAT MENYAMBUT PUASA RAMADHAN KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.

No comments: