Wednesday, August 8, 2007

Stuck Six Months in Jail for Petty Crime

Terasa sebak juga melihat ibu saudara mencium Jeff Lee Kwong Yong selepas di bebaskan dari penjara Kajang. Jeff tidak sepatutnya merengkuk dalam penjara begitu lama dengan kesalahan yang beliau lakukan. Sebak kerana terbayang kalau anak kita sendiri yang kena, amatlah malang dan sedih tak terkira.

Dari apa yang dibaca, sangatlah tidak berperi kemanusiaan pihak pihak yang berwajib menanggani isu ini. Masih terdapat 2000 orang lebih pesalah yang dibawah umur merengkuk dalam penjara, mungkin atas sebab sebab yang sama ringan seperti Jeff.

Kita berharap pihak polis akan lebih prihatin dan komited dengan tugas tugas mereka, agar keadilan dapat di tegakkan sejajar dengan motto polis ‘cepat, mesra dan betul’. Sejak kebelakangan ini kehormatan polis adalah ditahap yang mendukacitakan, pembunuh, penyangak dan perasuah terpaksa di bebaskan kerana bukti bukti yang dikemukakan polis tidak lengkap dek sebab kerja yang dianggap ‘half pass six’ dan 'janji siap'.

Herannya bila ada aduan kesalahan terhadap pemerintah, cepat dan cekap mereka bertindak. Ingatlah amanah kepada rakyat, agar di berkati Allah.

Elok juga kalau motto polis di tukar kepada ‘cepat, mesra dan adil’, kerana adil ini lebih relevan. Bukan menjatuh hukuman perlu adil, menahan pesalah dan di bawa ke muka pengadilan juga perlu adil. Kerana 'betul' belum tentu adil.

No comments: