Sunday, August 19, 2007

Jadi Majikan Jangan Jadi Kuli

KOTA BHARU: Kerajaan sentiasa menggalakkan rakyat negara ini, khususnya orang Melayu supaya berusaha untuk menjadi majikan dengan meneroka sektor perniagaan dan perindustrian, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi .

Dulu TDM pun berpesan demikian, AAB cuma mengulangi untuk mengingati orang Melayu. Seperti biasa, macam ahli motivator dan para doctor bagi prescription pada pelanggannya, memang senang cakap tapi berat nak direalisasikan.

Perdana Menteri berkata, mereka perlu mempunyai sikap mahu bekerja sendiri dan tidak terlalu mengharap untuk berkhidmat hanya sebagai kuli dengan kerajaan atau swasta, supaya dapat membantu lebih ramai orang.

Salah satu alasan graduan Melayu terpaksa menjadi pekerja sebab ia jalan pantas untuk meningkat ekonomi diri. Kebanyakan mereka adalah harapan keluarga untuk keluar dari kepumpung kemiskinan dan langsung menyara keluarga.

Mereka yang ada background kukuh sahaja yang mampu meneroka bidang perniagaan. Tiada tekanan pada mereka kerana ibu bapa sanggup menanti sedikit cahaya kejayaan dalam penerokaan yang mereka ceburi.

“Ramai anak kita yang keluar universiti kini, kita galakkan mereka untuk bekerja sendiri, supaya dengan itu mereka boleh menjadi majikan, bukan kuli.

Terdapat segolongan graduan yang tidak sanggup pulang menghadapi keluarga kerana tidak dapat kerja. Mereka sanggup ‘squat’ dengan kawan kawan yang masih menginap di campus dan sanggup pula bekerja sebagai pelayan sama ada di Kenny Rogers, Mc Donald, Pizza Hut dan ada juga jaga pump di stesyen minyak yang rata rata memerlukan pekerja. Upah yang di perolihi dapat sedikit sebanyak di hantar pulang ke kampung, sekurang kurangnya dapat juga menyara adik adik ke sekolah.

Acapkali orang yang makan gaji seronok melihat mereka yang berniaga kerana kata mereka duit sentiasa ada dalam kocek. Mereka yang berniaga pula envy dekat orang makan gaji, kerana tiap tiap bulan terima wang, tak pening kepala. Berniaga pula perlukan kewangan yang mencukupi untuk modal, lainlah kalau nak buka business gunting rambut. Belum berniaga dah nak pinjam wang, sapa nak kasi, bank mak bapak sendiri pun belum tentu nak bagi.

Dalam memperkasakan anak Melayu yang ingin berusaha, Abdullah berkata, kerajaan menyediakan pelbagai bantuan dan kemudahan pinjaman seperti menerusi Yayasan Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Bank Pembangunan serta Perbadanan Industri Kecil dan Sederhana.

Lepas tu macam mana orang Cina bolih buat? Soalan ni orang Cina saja yang bolih jawab kita bolih teka saja.

Pertama budaya berniaga bukan budaya orang melayu kecuali Melayu mamak, Melayu keturunan Jawa, Siam, dan Arab depa ni bolih tahan sikit. Yang lain setakat berniaga pisang goreng, nasi lemak ayam dara, dan kuih muih yang orang Cina tak pandai buat bolihlah.

Kedua, depa tak ada pantang larang semua bolih belaka, sanggup gadai badan dua tahun kemudian buka kedai saloon. Atau pun mak bapak mereka memang ahli perniagaan maka ambil alih saja. Pinjaman pun senang dapat sebab dah ada basic business. Duit judi pun bolih buat modal.

Ketiga dan paling mustahak dalam perniagaan ialah networking upstream dan downstream. Kalau ada product tapi tak ada tempat nak jual pun masalah. Ada tempat jual tapi tak ada barang nak dijual lagi besar masalah. Rangkaian ini perlu wujud kalau nak berniaga.

Komuniti Cina lain sikit, walaupun sikap dengki sama sama mereka ada tapi sanggup tolong geng depa. Sikap Melayu teruk, kalau dia tak dapat biar orang lain pun tak dapat juga. Perut busuk dan perut hijau, sanggup syirik dengan Tuhan.

“Pengusaha yang berjaya dan besar ketika ini asalnya kecil, tetapi mereka tidak bergantung untuk mendapat pekerjaan dengan kerajaan, sebaliknya berdikari menerusi usaha sendiri,”

Pengusaha melayu yang berjaya kena ikut perangai Yahudi, bila sangkut, caw tim dekat kerajaan suruh bail out. Peniaga pasar malam ketahui kalau nak berjaya dalam perniagaan kena jadi orang Umno, kenapa? Lihat sajalah pegawai kerajaan mana bolih aktif dalam Umno, jadi terpaksalah berniaga, tak kiralah berniaga apa pun, berniaga nama pun jadi. Sebut saja nak tolong bawa jumpa Menteri sekian sekian, bolih tapi bersyarat, tau tau balik ke kampung pakai Merc.

“Kita mahu tumpuan dalam bidang yang berpotensi berkembang dalam jangka panjang. Kerajaan bukan hanya menolong peniaga besar, malah peniaga kecil yang baru nak mula pun kita tolong serta beri bimbingan.

Kadang kadang institusi yang bagi pinjaman pun satu hal juga, dia kata ‘Itu PM kata tapi kami belum dapat dana yang dijanjikan lagi'. Bermakna kata, itu semua cakap politik sedap dengar sajalah, realitinya habuk pun tak ada.

No comments: