Wednesday, August 22, 2007

Budaya Kerja 'Fire Brigade'

Cukup mengherankan berita berita yang tersiar di surat khabar saolah olah bermusim. Satu ketika dulu hebuh cerita ular sawa telan haiwan dan yang ngeri sekali hingga menelan manusia. Sekarang hebuh pula berita mengenai bas bas ekspress kemalangan. Yang menyayat hati bila 22 orang terbunuh akibat kemalangan di Bukit Gantang. Semalam melibatkan saorang terbunuh dalam perjalanan ke Gua Musang dan hari ini pula kemalangan di jalan Temerloh ke Kota Bharu dan di Bandar Muar. Kadang kadang terfikir juga mungkin kemalangan demikian kerap berlaku cuma tidak di laporkan olih surat khabar.

Bila trajedi berlaku maka bergegaslah kementerian dan jabatan yang bertanggung jawab membungkar kesalahan kesalahan yang dihadapi. Mereka cuba salahkan bas dan pemandu diatas kemalangan tersebut, jika tidak semuanya relek saja. Dengan secara tak langsung membuka pekung didada penguatkuasa kerana tak buat kerja dengan teliti. Kaedah bekerja laksana ‘budaya kerja fire brigade’, bila ada kebakaran baru sebuk.

Budaya kerja pegawai kerajaan agaknya semua begitu, ‘saya yang menurut perintah’. Kalau bos suruh baru buat, jarang yang bertindak atas ikhtiar dan ihsan sendiri.

Sebagai contoh jika majikan dari Kuala Lipis Pahang hendak memohon pekerja asing diarah berurusan di Kuantan. Sesudah permohonan dikemukakan pegawainya akan memberi tahu datang semula dalam masa 3 hari lagi. Padahal jika ia menggunakan ‘budi bicaranya’ perkara ini bolih di selesaikan dalam masa sehari saja. Tetapi pegawai tersebut tidak mahu menggunakan ‘budi bicara’ sebab leche, kerja banyak dan lain lain sebab lagi, maka hamba Allah tadi terpaksalah balik dan datang semula 3 hari kemudian.

Memang ikut procedure akan selesai dalam masa 3 hari tetapi clause ‘budi bicara’ itu sengaja di wujudkan untuk pegawai membuat pertimbangan diatas keadaan yang di luar pada biasa.

Kemungkinan kehilangan nyawa tidak akan terjadi jika pemandu yang tidak bertanggung jawab dapat dihalang dari awal lagi daripada memandu, atau bas yang tidak berkeadaan baik di baik pulih dahulu sebelum dibenar ke jalan raya. Ini memerlukan pegawai yang komited ‘and willing to do it’ bukan duit! Janganlah pula kita salahkan takdir!

No comments: