Friday, June 1, 2007

Penjual Ubat Penglipur Lara

Bila terbaca rencana di Utusan bertajuk ‘Jangan biarkan penjual ubat palsu berleluasa’ olih saudara Samsudin Ismail, entah kenapa terkenang saya kepada kisah lampau, 40 tahun yang lalu. Sesiapa yang seangkatan dengan saya berasal dari Alor Star, tentu mengenali penjual ubat yang di kenali dengan Rahman Siam.

Dalam pekan Alor Star kebiasaannya beliau akan berniaga di tempat lapang berhadapan panggong wayang Empire (sekarang ni dah jadi Pekan Rabu). Dengan ‘Hillman’ hitamnya beliau akan buka ‘booth’ belakang kereta dan pamerkan ubat ubatan diatas hamparan untuk dijual. Beliau longgokkan beratus ratus gigi lama yang telah dicabut dari pelanggan sebagai bukti keberkesanan ubatnya.

Yang kelakar bila beliau mengiklankan ubat cacing menerusi speaker yang terletak diatas bumbong kereta;

“Tuan tuan, cacing ni bukan dia kila sapa, pungkok tuan dia kolek, pungkok saya dia kolek pungkok Tunku Ab. Laman pun dia kolek. Yang dia tak kolek pungkok keleta”,

Dan sambung beliau;

“Tuan tuan mai beli ubat ni, kalau tak hilang penyakit hilang dit(duit)”

Amat melucukan!!

No comments: