Saturday, June 30, 2007

Media - Tungganggan Kerajaan

AAB berkata saluran media tempatan telah menjalankan peranan dengan penuh tanggungjawab dalam memastikan negara sentiasa berjaya dalam hasratnya untuk kekal aman dan stabil. Kerjasama dan persefahaman telah berjaya mengelakkan sebarang kekalutan atau situasi porak – peranda dan kelam kabut di dalam negara yang tidak dapat ditangani kerajaan. Kecuali beberapa insiden laporan yang setengah masak menggemparkan orang ramai tapi dapat di redakan dengan tidak menyambung ceritanya atau pun langsung mendiamkan saja berita yang sebenar berlaku.

Sebagai contoh laporan Jumaat lepas mengenai suri rumah yang membuat aduan bahawa pihak hospital dengan cuai meninggalkan wire sepanjang 33 cm dalam perut beliau. Kebetulan pagi itu sedang bersarapan dengan anak yang bercuti untuk menyambut majlis cukur rambut. Beliau menyatakan wire perlu ditinggalkan selama 6 bulan sebagai saliran pundi kencing. Kemudian dibedah semula untuk mengeluarkannya. Tetapi laporan berbunyi saolah olah pihak hospital yang cuai.

Terkenang saya akan ceramah ustaz Ismail Kamus yang mengatakan;

Laporan mengenai saorang posman digigit anjing bukanlah berita, yang menjadi berita ialah bila dilaporkan posman yang menggigit anjing.

No comments: