Sunday, May 20, 2007

Utusan Malaysia - Tangtu Tangni

Pesara ATM perlu ceburi kerjaya baru

Dato’ Seri Najib Tun Razak mahukan pesara ATM yang masih segar bugar melanjutkan pelajaran mempelajari kerjaya baru jangan ashik jadi jaga sahaja. Kebanyakan ATM bersara diusia masih muda, sebab kalau tak silap saya syarat persaraan ATM ialah mengikut years of service..

Sebut pasal melanjutkan pelajaran, teringat diri sendiri. Masa itu saya dah ada 3 orang anak. Bila kenangkan suasana saya pernah mengeluh, ‘kalaulah dapat dipusingkan masa kembali, tobat tak mau sambung pelajaran’. Bila dah beranak pinak halangannya berganda. Otak pun dah berkarat, mana lagi nak jaga anak bini. Masa nak belajar terhad ialah kena juga luangkan masa untuk mereka. Bila ada ujian/pepereksaan berpeluh jadinya. Suruh orang buat memang senang cuba sendiri buat.

Keretakan Jalan SMART perkara biasa

Saya rasa kurang yakin dengan jawapan yang diberikan olih Datuk Ir. Kheizul Abdullah.

Kalau diluar tu tak kisah sangat, ini dalam terowong, tak bolih imagine kalau jadi apa apa. Nak buktikan sungai dah tak tercemar bolihlah dibawa berenang.

Kerajaan Cadang Wujudkan Hari Seniman

Dato’ Rais Yatim nak cadang kepada kerajaan supaya wujudkan hari seniman . Berapa punya banyak hari ha di Malaysia, Hari Pemandu tak nak buat ke? Kami pun tolong membangun Malaysia. Nak di iktiraf semua yang tolong dalam pembangunan memang sukar, memadailah dengan Hari Pekerja, seniman pun sama dianggap sebagai pekerja. Bukan pasal apa, bila dah ada hari khusus nanti banyak pula sambutan yang melalaikan tiap tiap tahun.

No comments: