Monday, May 14, 2007

Sekatan Polis Dijalan Raya

Jika memandu ke Kuala Lipis dari Kuala Lumpur, anda akan melalui bandar Bentong, Raub, dan Kuala Lipis kesemuanya dibawah jajahan Negeri Pahang Darul Makmur. Sebelum masuk ke bandar tersebut anda akan melalui pemereksaan sekatan Polis. Anehnya sekatan ini menjadi rutin, tiap tiap hari siang dan malam. Maka teringatlah saya pada zaman tahun 50 an di Kedah, dimana aruah ayah dan saya berulang alik dari Alor Star ke pekan pekan sebelah selatan Alor Star seperti Simpang Empat Kangkong. Kota Sarang Semut, Pendang, dan Guar Cempedak. Pekerjaan ayah ialah berniaga di pekan sehari.

Saya imbas kembali suasana untuk menceritakan perihal sekatan jalan olih Polis. Tempat sekatan tak tetap macam di Negeri Pahang. Olih kerana di zaman tersebut tak banyak kenderaan di jalan raya dan JPJ pun belum wujud, fungsi sekatan lazimnya memereksa kenderaan supaya patuhi undang undang jalan raya, seperti lesen memandu, cukai jalan dan permit muatan barangan. Aruah ayah selalu dimarahi polis kerana tak ada permit muatan barangan, tapi dilepaskan satelah ada rundingan. Sekarang semuanya itu adalah dalam kenangan, kerana Kedah telah maju dan pihak Polis telah menumpukan pada perkara perkara untuk mengawal jenayah. Hal hal jalan raya adalah dalam bidang kuasa JPJ.

Agaknya polis di Bentong, Raub dan K/Lipis juga mengawal jenayah melalui sekatan jalan raya. Cuma pandangan saya dengan zaman IT yang serba canggih ini usaha sedemikian mungkin kurang berkesan, kecuali penjenayah yang tak berwawasan sahaja yang akan terperangkap.

Lebih baik alihkan man-power Polis ke arah yang lebih mencabar. Tak la Polis yang dipacakkan di sekatan jalan raya merasa bosan tiap tiap hari.

No comments: