Wednesday, March 28, 2007

Ubat Oh Ubat

Pada hari Selasa di pekan Kota Sarang Semut,Kedah, budak budak sebaya saya memang teruja sebab kami dapat melihat orang jual ubat di pekan sari. Penjual akan mencari tempat lapang dan membuat bulatan yang besar dengan menggunakan tepung ubi. Kami ketahui jualan akan bermula bila penjual akan memukul gendang untuk menarik perhatian penggunjung yang datang ke pekan sari.

Bukanlah ubat tu yang kami minat, tapi pertunjukkan dan cerita yang dibuat penjual itu yang kami tunggu. Macam macam ragam, kalau jual ubat kuat selalunya” Si Badang” yang datang, dengan sendo macam Malik Noor. Disediakan batu besar (‘boulder’) yang diikat kuat kononnya akan diangkat dengan gigi. Akhir jualan, batu tadi tidak ditempuh pun, ia hanya ‘gimmick’ untuk membuat kami tidak berganjak kemana mana. Kalau ubat sembelit, penjual akan beraksi gelagat orang yang ada masalah tersebut. ‘Kalau keluar yang ni” kata penjual ubat , “ambil buat peluru dan tembak babi, babi pun bolih mati” beliau berseloroh dengan bersungguh sungguh untuk meyakinkan betapa kerasnya sembelit tadi.

Saya terkenang zaman tersebut bila terbaca berita mengenai penjual ubat di KL kena tangkap kerana jualan ubat dan pil ala viagra.Yang mengherankan, bagaimana mereka bolih jual ubat ubatan tersebut? Tak perlukah mereka ambil permit atau kelulusan untuk menjualnya? Yang mereka kena tangkap bukan kerana menjual, tapi kerana jenis ubat yang ditegah dari jualan. Pada hemat saya penguatkuasa kena lesenkan mereka yang nak menjual apa apa jenis ubat pun. Saya tahu ada orang yang kaya raya hanya menjual pil minyak ikan!

No comments: