Thursday, March 29, 2007

Sikap Penghuni Rumah

Perasan tak bila kita lihat dikaca tv senario tempat tempat penginapan atau residen orang orang barat atau pun orang Australia? Keadaannya begitu bersih dan nyaman sekali, tak ada semak samun, semuanya serba teratur. Saya tanya diri adakah ini disebabkan cuaca dinegeri mereka? Tidak juga, kerana dikawasan ‘downtown’ yang didiami olih orang kulit hitam dan orang orang Asia, suasana dipersekitaran adalah disebaliknya. Ini tentulah ada kena mengena dengan sikap dan mungkin budaya.

Di KL kalau ada kesempatan berjogging di taman taman kediaman ( seperti riadah orang orang pencen ) kita akan lihat betapa berserabutnya suasana.Lazim rumah rumah ‘corner lot’cukup dijaga rapi dengan hiasan pokok bunga yang beraneka warna.Penghuninya tinggal sendiri dan bila dah mahal beli rumah kenalah jaga dengan elok. kemudian ia akan bertukar wajah bila kita teruskan perjalanan menghala ke ‘corner lot’ yang satu lagi.
Kebanyakan halaman rumah rumah dipenuhi khazanah yang tak digunakan lagi, nak buang sayang. Ruang dalam rumah dah penuh jadi selitlah saja di ‘porch’ depan rumah.
Yang menyakitkan hati ialah bila rumah disewakan. Orang yang menyewa ini sikap mereka cukup pelek.Mentang mentang bukan rumah dia, dia buat tak kisah saja. Kita dengan spontan bolih tahu sama ada penghuni rumah tu menyewa atau rumah sendiri. Kalau orang bujang duduk, macam macam dipamerkan dihalaman rumah: baju dalam,seluar dalam,stoking berlubang, tuala mandi yang tak dapat dikenali lagi pun tersidai.Walaupun berpelajaran, mentaliti masih lagi ditakuk lama.

Begitulah sikap orang orang kita, apa salahnya jika dijaga rapi rumah yang disewa, ‘make it a home not just a house’.
Sikap!!

No comments: